Utusan Borneo (Sabah)

George Clooney ungguli senarai aktor terima bayaran lumayan

-

PELAKON terkenal Hollywood George Clooney pada minggu lepas mengunggul­i satu senarai tahunan aktor-aktor dengan bayaran tertinggi dunia, terima kasih sebahagian besarnya untuk jualan syarikat tekuila miliknya.

Forbes berkata, Clooney, 57, memperoleh­i anggaran AS$239 juta antara Jun 2017 hingga Jun 2018, iaitu pendapatan tertinggi dalam kerjaya 35 tahunnya dalam filem dan televisyen.

Clooney, yang tidak berlakon dalam mana-mana filem

Hollywood selepas

filem Monster’ pada 2016, menjual syarikat tekuila Casamigos yang diusahakan­nya bersama kepada syarikat arak British Diageo pada Jun 2017. Pendapatan skrinnya yang sekejap-sekejap itu mengetepik­an Dwayne “The Rock” Johnson, yang masuk di No.2 dengan anggaran AS$124 juta terima kasih kepada ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ dan projek lain. Menurut Forbes, 10 orang pelakon teratas itu memperoleh­i kira-kira AS$784 juta secara kolektif, sekali lagi jauh meninggalk­an 10 orang wanita teratas yang hanya memperoleh­i jumlah kumulatif AS$186 juta dalam tempoh sama.

Scarlett Johansson mengunggul­i senarai tahunan yang dikeluarka­n minggu lepas dengan AS$40.5 juta dalam pendapatan sebelum cukai.

Forbes mengatakan sebahagian perbezaan berdasarka­n jantina itu berikutan penguasaan wira terkemuka dan filem aksi yang cenderung untuk mempunyai lebih banyak bahagian untuk lelaki dan mendapat ratusan jutaan ringgit di kaunter tiket.

Forbes mengumpul senarai 2018 itu dengan menganggar­kan pendapatan sebelum cukai dari Jun 2017 hingga Jun 2018, sebelum tolak yuran pengurus, berdasarka­n data dari Nielsen, pangkalan data filem IMDB, dan temuramah dengan pakar industri dan juga selebriti itu sendiri.

Bintang ‘Iron Man’ Robert Downey Jr. menduduki tempat ketiga dalam senarai, dengan anggaran AS$81 juta, diikuti oleh pelakon bersamanya dalam ‘Avengers: Infinity War’ Chris Hemsworth dengan AS$64.5 juta. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? CHRIS HEMSWORTH ‘Money GAMBAR fail bertarikh 19 Mei 2018 ini menunjukka­n George Clooney (kanan) dan isterinya Amal Clooney semasa tiba di St George’s Chapel, Windsor Castle untuk majlis perkahwina­n Meghan Markle dan Putera Harry.
— Gambar Reuters CHRIS HEMSWORTH ‘Money GAMBAR fail bertarikh 19 Mei 2018 ini menunjukka­n George Clooney (kanan) dan isterinya Amal Clooney semasa tiba di St George’s Chapel, Windsor Castle untuk majlis perkahwina­n Meghan Markle dan Putera Harry.
 ??  ?? DWAYNE JOHNSON
DWAYNE JOHNSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia