Utusan Borneo (Sabah)

5 bot nelayan, 36 warga asing ditahan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

LABUAN: Sebanyak lima bot nelayan tempatan yang membawa seramai 36 kru warga asing ditahan dalam Ops Sejahtera Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia di sini.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, kesemua warga asing terbabit dipercayai warga Vietnam berumur dalam lingkungan 16 hingga 57 tahun.

Menurutnya, operasi yang dijalankan pada Sabtu kira-kira jam 11 pagi itu mengesan lima bot berkenaan dalam keadaan mencurigak­an pada jarak 26.6 batu nautika timur laut Tanjung Kubong, di sini.

“Kesemua bot nelayan terbabit kelihatan berkumpul pada jarak lebih kurang 50 meter di antara satu sama lain.

“Pemerhatia­n awal mendapati rupa bot terbabit seperti bot nelayan asing Vietnam. Namun, selepas pemeriksaa­n dijalankan, nombor pendaftara­n bot itu menggunaka­n pendaftara­n bot tempatan.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati kesemua kru bot berkenaan mempunyai dokumen pengenalan diri dan lesen bot dan lesen perikanan yang meragukan,” jelasnya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua bot menggunaka­n lesen pukat rawai namun dua daripadany­a didapati membawa pukat yang tidak dilesenkan.

Selain itu katanya, dua lagi bot membuat pengubahsu­aian pada petak ikan dan dijadikan tempat penyimpana­n minyak diesel.

Che Adnan berkata, kesemua tahanan dan bot berkenaan dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

 ??  ?? WARGA Vietnam seramai 36 orang yang ditahan dalam Ops Sejahtera Maritim Malaysia di perairan Labuan.
WARGA Vietnam seramai 36 orang yang ditahan dalam Ops Sejahtera Maritim Malaysia di perairan Labuan.
 ??  ?? KAPAL nelayan tempatan yang digunakan kru warga asing.
KAPAL nelayan tempatan yang digunakan kru warga asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia