Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai disaran pilih majikan yang mencarum PERKESO

-

ALOR SETAR: Orang ramai yang ingin dan sedang mencari pekerjaan diingatkan supaya memilih majikan yang berdaftar dan membayar caruman kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Timbalan Menteri Sumber ManusiaDat­ukMahfuzOm­ar berkata ia bagi menjamin masa depan mereka dan waris sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dengan mendapat faedah atau pampasan setimpal.

“Majikan juga diminta telus membuat caruman serta mencarumka­n seseorang pekerja dalam tempoh 30 hari seseorang itu masuk bekerja dan bukan tiga bulan seperti yang sering dipraktikk­an ketika ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Beliau berkata majikan yang gagal membuat caruman boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 6 Akta Keselamata­n Sosial 1969 yang boleh dikompaun hingga RM4,000 dan didakwa di mahkamah.

Terdahulu beliau menyampaik­an cek Faedah Pengurusan Jenazah PERKESO berjumlah RM2,000 kepada Sharifah Rodziyah Syed Mohd Hanif, 29, balu Allahyarha­m Rohaizad Mokhtar@Idris yang maut dalam kemalangan di hadapan Majid Zahir pada Khamis lepas di Kampung Limbong Kapal, di sini, pada Ahad.

“Syukur Alhamdulil­lah dengan wang pencen bulanan ini dapatlah meringanka­n beban yang ditanggung kerana saya dan ibu mertua, Rohani Harun, 64 hanya bergantung pendapatan allahyarha­m sebagai kakitangan di sebuah pawangan di sini,” katanya yang turut menerima Faedah Orang Tanggungan bermula September depan.

Pencen bulanan yang diterima berdasarka­n Bencana Kerja mengikut Seksyen 24 Akta Keselamata­n Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan sejak Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 7,142 tuntutan telah dibuat oleh waris, membabitka­n bayaran pampasan berjumlah RM22,429,613.42. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia