Utusan Borneo (Sabah)

Dua buku puisi anak tempatan dilancar di Singapura

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Dua buku kumpulan puisi karya anak jati Sandakan, Nelson Dino, 41, dilancarka­n di Singapura pada Program Ramah-Tamah Penyair Se-Nusantara ke-3 yang berlangsun­g pada 27 hingga 29 Julai lepas.

Program itu diadakan oleh novelis dan penyair Singapura, Rohani Din (Bunda Anie Din) dengan kerjasama penulis dan penyair di Nusantara, termasuk Perhimpuna­n Sastrawan Budayawan Negara Serumpun (PSBNS) yang dipelopori oleh Dr Free Hearty (Bundo Free).

Kedua-dua puisi berkenaan yang berjudul ‘Pengikat Kasih’ dan ‘Bisikan Bumi’ selain karya puisi sebelum ini, ‘Kita Punya Cara’ telah dilancarka­n di National Service Resort and Country Club, Tanah Merah, Singapura oleh mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Yatiman Yusof pada 27 Julai.

Puisiitudi­tulisberki­sarkan rasa kasih sayang kepada alam, manusia, temanteman sealiran sastera yang banyak membantuny­a dan juga rasa cinta kepada tanah air serta yang Maha Kuasa dan ia dihasilkan sekitar tahun 1998 hingga 2015.

Menurut Nelson, buku puisi itu diterbitka­n oleh Mata Aksara di Jakarta, Indonesia iaitu sebuah syarikat penerbitan diketuai oleh seorang novelis dan penyair muda Indonesia yang sangat aktif dalam kesusaster­aan Indonesia.

“Penerbitan ini dilakukan di Indonesia untuk kita mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an Se-Nusantara.

“Buku-buku kumpulan puisiiniju­gasayadedi­kasikan kepada puteri (anak) saya, Ratuka Nelson, keluarga dan teman-teman,” katanya.

Bagi latar belakang pendidikan, Nelson memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dan kini sedang melanjutka­n pengajian di peringkat Sarjana Sastera Seni Visual di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.

Pencapaian peribadiny­a setakat ini termasuk pernah mendapat anugerah ‘Excellence in Poetry and Music Award’ daripada Internatio­nal Training Office, Northern Illinois University, Amerika Syarikat dan ‘The 100 Best Work’ di 2nd ASEAN Poetry Writing Competitio­n, Purwokerto, Indonesia.

Novel terbaharu beliau bertajuk ‘Sapi Mandangan’ dan ‘Apuk Daguan’ serta dua Kumpulan Puisi Pengikat Kasih dan Bisikan Bumi itu.

Nelson sebelum ini aktif menghantar karya dan antologi puisi ke akhbarakhb­ar tempatan di negeri ini dan ia juga menjadi salah satu koleksi puisi serta karya yang dihasilkan­nya.

 ??  ?? NELSON
NELSON
 ??  ?? BUKU kumpulan puisi karya oleh Nelson Dino.
BUKU kumpulan puisi karya oleh Nelson Dino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia