Utusan Borneo (Sabah)

Taman Bunga Seri Koliganie pukau pengunjung

-

MINAT menanam pokok bunga boleh menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.

Demikian halnya dengan Sainih Saimin, 60, dari Kg Lohan 1, Ranau yang bukan sahaja menghias seri laman rumahnya dengan berbagai jenis bunga tetapi juga mampu meraih keuntungan apabila harga bunganya mencecah RM350 sepokok.

Pemilik Taman Bunga Seri Koliganie itu ketika ditemui berkata beliau minat menanam pokok bunga sejak zaman remaja lagi di mana, pada ketika itu dia hanya memiliki 15 jenis pokok bunga sahaja tetapi kini lebih 30 jenis.

Menurutnya, menanam pokok bunga memerlukan penjagaan rapi supaya bunga-bungaan itu sentiasa tumbuh subur dan boleh mengeluark­an bunga yang cantik namun, adakalanya pokok bunga akan mengalami kerosakan apabila kekurangan sumber air atas faktor kemarau.

Tinjauan ke halaman rumahnya pada Ahad mendapati Sainih memiliki pelbagai jenis bungabunga­an beraneka warna yang memukau para pengunjung.

Antara jenis pokok bunga yang menjadi tarikan pengunjung ialah citra, butterfly merah, sejoli, bongawan solo, loceng purple dan bunga lipstik.

“Saya minat menanam pokok bunga ketika usia remaja meskipun bermula hanya dengan 15 pokok sahaja namun, saya bersyukur kerana kini jumlah pokok bunga telah bertambah dan usaha saya mendapat sokongan daripada keluarga,” kata Sainih.

Beliau mendapat sumber bekalan anak benih pokok bunga daripada kawankawan dan selebihnya dibeli daripada penjual tempatan.

 ??  ?? SAINIH (kanan) bersama rakannya memperliha­tkan pokok bunga yang mereka tanam.
SAINIH (kanan) bersama rakannya memperliha­tkan pokok bunga yang mereka tanam.
 ??  ?? BUNGA sejoli antara pokok bunga yang menarik perhatian pengunjung.
BUNGA sejoli antara pokok bunga yang menarik perhatian pengunjung.
 ??  ?? BUNGA bongawan solo.
BUNGA bongawan solo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia