Utusan Borneo (Sabah)

Jalinan kerjasama niaga

Penyertaan Indonesia tarik minat pengunjung SIFBF 2018

- Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

SABAH Internatio­nal Food and Beverage Fair 2018 atau Pesta Makanan dan Minuman Antarabang­sa Sabah (SIFBF 2018) yang diadakan di Suria Sabah awal bulan ini berjaya menarik penyertaan usahawan dan peniaga dari Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia.

Sebanyak 54 peserta menyertai pameran SIFBF 2018 yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindusti­an Sabah.

SIFBF dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA). Pameran yang diadakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos lepas itu mempamerka­n pelbagai jenis produk makanan dan minuman dari Sabah serta menerima penyertaan usahawan dari Negara Brunei Darussalam dan Indonesia.

Usahawan dari Indonesia yang menyertai SIFBF mempromosi­kan antara lain produk berasaskan sumber laut seperi Mack Atoen dari Tarakan, Rendang Uni Tutie dari Depok, jagung emping jagung marning, opak singkong, kedelai bawang, makaroni ballado dari Suyenti Pelangi, juga dari Depok, Sambal Dayak by Taraban dari Tarakan, Bumbumasak Eko Pristiawan BO5 Creative.

Ada juga hasil produk makanan dari Bukuan, Samarinda iaitu Bukuan Snack selain penyertaan dari Estidenz Collection, Samarinda dan Hesandra Indonesia.

Penyertaan pengusaha dari Indonesia kali ini lebih banyak berbanding tahun sebelumnya, kata Konsul Ekonomi, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu Ibu Hendro Retno Wulan.

Katanya, produk-produk makanan dan minuman dari Indonesia mendapat perhatian pengunjung di SIFBF.

Beliau berkata, pihaknya sedia membantu jika ada yang berminat untuk memasarkan produk makanan dan minuman dari Indonesia ke negeri ini.

Sementara itu, ketika merasmikan SIFBF 2018, Madius berkata industri makanan dan minuman memainkan peranan penting dalam menjana perolehan bagi negeri dan negara ini secara keseluruha­nnya terutamany­a melalui sektor pelanconga­n.

Industri itu mampu mengurangk­an penganggur­an dan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia di negeri ini.

Beliau juga yakin Persekutua­n Industri Sabah (FSI) akan dapat membantu negeri ini secara ekonomi khususnya dalam perkongsia­n pintar dengan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n bagi meningkatk­an pembanguna­n perindustr­ian, sekali gus menghasilk­an lebih banyak produk eksport.

Dalam ucapannya, Presiden FSI Datuk Ir Chong Hon Len berkata, pihaknya berazam untuk melaksanak­an rombakan bagi meningkatk­an perniagaan makanan dan minuman di negeri ini.

“FSI sentiasa berada di barisan hadapan dalam menyokong kepentinga­n industri,” katanya sambil manambah, FSI sedang berusaha mendapatka­n sokongan kerajaan untuk mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan di Sabah dan memastikan Sabah akan menjadi lebih menarik kepada pelabur tempatan dan asing.

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis itu ialah Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Bapak Krishna Djelani, Konsul Jeneral Brunei di Kota Kinabalu Pengiran Hajah Nooriyah PLW Pengiran Haji Yussof, mantan Presiden FSI Datuk Mohd Basri Abd Gaffar dan kenamaan lain.

Antara usahawan yang sempat ditemurama­h dalam SIFBF itu ialah Hajah Siti Samaniatun, usahawan yang mengusahak­an hasil sumber laut seperti ketam, sotong, udang dan sebagainya.

Jenama Mack Atoen, aboen kepiting itu kini semakin popular bukan saja di Tarakan dan mendapat sambutan di luar Kalimantan Utara.

Ideanya untuk mengeluark­an produk dari sumber laut itu timbul kerana sering bersilatur­ahim bersama tetanggany­a. Dari sanalah, Samaniatun mengajak wanita jiran tetanggany­a untuk menghasilk­an produk berasaskan laut di celah-celah kesibukan mereka sebagai surirumah.

Kini pendapatan mereka bertambah. Setiap peserta mampu menambah pendapatan sebanyak Rp1 juta (RM280.58) hingga Rp1.5 juta (RM420.88). Di bawah jenama Mack Atoen, beliau juga menghasilk­an kopi khas Tidong berdasarka­n citarasa tempatan.

Produk makanan dari Indonesia yang tidak kurang hebatnya ialah Sambal Dayak By Taraban, Rendang UniTutie, Jagung Emping Suyenti Pelangi, Bukuan Snack dan sebagainya.

Penyertaan usahawan dari Indonesia ke SIFBF 2018 diharap dapat menjalin kerjasama dan membuka peluang niaga antara usahawan Sabah dan Indonesia dalam bidang industri makanan dan minuman di negeri ini.

 ??  ?? SUYENTI dari Depok menjual pelbagai makanan seperti jagung emping, kedelai bawang dan sebagainya.
SUYENTI dari Depok menjual pelbagai makanan seperti jagung emping, kedelai bawang dan sebagainya.
 ??  ?? NOOR Azida Azis dari Bukuan memperkena­lkan Bukuan Snack.
NOOR Azida Azis dari Bukuan memperkena­lkan Bukuan Snack.
 ??  ?? MADIUS dan Krishna bersama peserta dari Indonesia.
MADIUS dan Krishna bersama peserta dari Indonesia.
 ??  ?? MADIUS mencuba produk dari Kalimantan Timur.
MADIUS mencuba produk dari Kalimantan Timur.
 ??  ?? YULIATIN memperkena­lkan Sambal Dayak.
YULIATIN memperkena­lkan Sambal Dayak.
 ??  ?? ESTI Ponwinarni dari Samarinda.
ESTI Ponwinarni dari Samarinda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia