Utusan Borneo (Sabah)

Kontak hadapan MSM diniaga antara RM2,150 dan RM2,250

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan antara RM2,150 dan RM2,250 satu tan metrik minggu ini, kata peniaga.

Peniaga Kanan Kumpulan Syarikat Interband, Jim Teh berkata, pasaran niaga hadapan MSM dijangka terjejas oleh perang perdaganga­n AS-China, yang akan membawa kepada kelembapan permintaan.

“Sementara itu, kami melihat pengeluara­n untuk bulan ini agak tinggi kerana cuaca baik,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, Teh berkata, China dijangka menempah lebih banyak minyak kelapa sawit mulai Julai sebagai simpnan untuk Festival Pertengaha­n Musim Luruh bermula September.

Di samping itu, Teh berkata, harga yang lebih rendah akan menarik lebih ramai pembeli fizikal, terutama dari luar negara ke dalam pasaran tempatan.

“Ringgit yang lebih lemah mungkin membawa kepada harga MSM yang lebih murah dan menarik pembeli asing seperti China dan negaranega­ra Kesatuan Eropah,” katanya.

Pada jam 6 petang Jumaat, mata wang tempatan jatuh kepada 4.1070/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1030/1070 ketika ditutup pada Khamis.

Pasaran diniagakan bercampur-campur untuk minggu yang baharu berakhir.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Sept 2018 jatuh RM26 kepada RM2,178 satu tan metrik, Oktober 2018 turun RM22 kepada RM2,198, November 2018 susut RM19 kepada RM2,219 dan Disember 2018 merosot RM17 kepada RM2,250 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 142,924 lot daripada 208,804 lot Jumaat lalu dan kepentinga­n terbuka jatuh kepada 277,122 kontrak berbanding 280,456 kontrak.

Di pasaran fizikal, September Selatan berada pada RM2,210 satu tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia