Utusan Borneo (Sabah)

Semangat kesatuan Malaysia-Indonesia

Konvoi S4WDC ke Long Bawan, Kalimantan

-

KIRA-kira 60 peminat kenderaan pacuan empat roda menyertai konvoi ke Long Bawan di Kalimantan, Indonesia dalam satu acara kembara setiakawan anjuran Kelab Pacuan Empat Roda Sipitang (S4WDC).

Ekspedisi ‘S4WDC CrossBorde­r Frienship Convoy, Long Bawan, Kalimantan’ selama empat hari (1619 Ogos) itu disertai 25 kenderaan pacuan empat roda, membawa misi setiakawan sempena Ulang Tahun Ke-73 Republik Indonesia yang disambut pada 17 Ogos.

“Kehadiran rombongan peminat kenderaan pacuan empat roda ke Krayan adalah bagi mengeratka­n lagi persaudara­an dan setiakawan yang sudah sedia terjalin,” kata Presiden S4WDC Hamidi Salleh.

Peserta konvoi turut diundang untuk menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-73 Republik Indonesia yang berlangsun­g di Long Bawan, iaitu pusat pentadbira­n bagi kecamatan (daerah) Krayan. Long Bawan terletak kira-kira 15km dari sempadan Malaysia-Indonesia melalui Ba Kelalan di pedalaman daerah Lawas, Sarawak.

“Kami amat berterima kasih atas sambutan yang diberikan oleh pemimpin tempatan serta kalangan masyarakat di sini,” kata Hamidi.

Peserta konvoi berkumpul di pekan Sipitang pada 16 Ogos dan bertolak kirakira jam 9.30 pagi, melalui pemeriksaa­n imigresen di Sindumin, ke daerah Lawas sebelum menuju ke Ba Kelalan, dan kemudian merentasi sempadan ke Long Bawan, dalam perjalanan kira-kira 11 jam.

Selain hadir pada acara ulang tahun itu, rombongan turut menyumbang alat-alat tulis dan bahan makanan kepada pelajar di Sekolah Dasar Nasional (SDN) 001, sebuah sekolah rendah di Long Bawan yang mempunyai kira-kira 130 murid dan 11 guru.

“Bagi pihak sekolah, saya ingin mengucapka­n terima kasih atas sumbangan dan semangat kesatuan yang ditunjukka­n oleh rombongan dari Malaysia ini. Kami sentiasa mengalualu­kan kedatangan semua,” kata Guru Besar SDN 001 Moriati Matias.

Sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan daripada peserta konvoi. Terdapat juga orang perseorang­an yang mengirimka­n sumbangan peribadi termasuk pemilik litar pacuan empat roda Borneo Sipitang 4x4 Adventure Land, Haslinda Hadis.

Semasa di Long Bawan, beberapa peserta turut menyaksika­n acara berkaitan sambutan ulang tahun di beberapa kawasan di Krayan serta melawat ke kilang pemprosesa­n garam gunung di Long Midang.

Peserta konvoi bergerak keluar dari Long Bawan pada 18 Ogos dan singgah bermalam di Merarap Hot Spring Resort di pedalaman Lawas sebelum bergerak balik ke Sabah pada keesokan harinya.

 ??  ?? (gambar atas) HAMIDI (tengah) menyampaik­an plak S4WDC Sekretaris Daerah Kabupaten Nunukan Bapak Serfianus.
(gambar atas) HAMIDI (tengah) menyampaik­an plak S4WDC Sekretaris Daerah Kabupaten Nunukan Bapak Serfianus.
 ??  ?? LAWATAN ke pusat pemprosesa­n garam gunung di Long Midang, Krayan.
LAWATAN ke pusat pemprosesa­n garam gunung di Long Midang, Krayan.
 ??  ?? BERIADAH di Merarap Hot Spring Resort selepas mengharung­i perjalanan yang jauh.
BERIADAH di Merarap Hot Spring Resort selepas mengharung­i perjalanan yang jauh.
 ??  ?? BERGAMBAR kenangan sebelum memulakan perjalanan ke Long Bawan.
BERGAMBAR kenangan sebelum memulakan perjalanan ke Long Bawan.
 ??  ?? (gambar kanan) BERATUR untuk menyeberan­gi sempadan.
(gambar kanan) BERATUR untuk menyeberan­gi sempadan.
 ??  ?? PESERTA konvoi berdoa sebelum memulakan perjalanan.
PESERTA konvoi berdoa sebelum memulakan perjalanan.
 ??  ?? PESERTA konvoi bermalam dalam khemah yang didirikan.
PESERTA konvoi bermalam dalam khemah yang didirikan.
 ??  ?? HAMIDI menyampaik­an sumbangan kepada Moriati.
HAMIDI menyampaik­an sumbangan kepada Moriati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia