Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Kg Lohan 1 meriah

-

MAJLIS Ramah Mesra Rakyat bersama Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin di Dewan Mini Kg Lohan 1, Ranau, meriah dan mampu meningkatk­an perpaduan serta ikatan silaturahi­m antara penduduk dan para pemimpin mereka.

Ketibaan Jonathan telah disambut ratusan penduduk dengan paluan gong dan tarian tradisiona­l sumazau oleh kumpulan wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kg Lohan 1.

Lebih menarik lagi ialah keputusan seramai 375 penduduk sekitar Mukim Lohan menyertai PKR dengan menyerahka­n borang penyertaan mereka kepada Jonathan.

Jonathan dalam ucapannya memuji Iawatankua­sa penganjur atas kejayaan merealisas­ikan majlis itu.

Beliau menyifatka­n penyertaan penduduk ke dalam PKR sebagai satu perkembang­an positif yang mana, mereka ada kesedaran dan kepercayaa­n terhadap Pakatan Harapan (PH) yang berjaya membentuk kerajaan baharu untuk menerajui pentadbira­n dan kepimpinan negara, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Penyertaan anda ke dalam PKR membuktika­n satu kesedaran dan kepercayaa­n terhadap kepimpinan PH di peringkat Pusat serta kepimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) mentadbir Kerajaan Negeri Sabah,” jelasnya.

Menyentuh majlis itu, beliau menyifatka­nnya sebagai tonik meningkatk­an lagi hubungan persaudara­an serta permuafaka­tan antara pemimpin dan rakyat, sekalig us merai serta menghargai penat lelah mereka menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab masing-masing yang membawa kepada kejayaan PKR pada PRU14.

“Kita semua pastinya berasa gambira, bersyukur dan bangga terhadap kejayaan kita bersama untuk mengubah tampuk pemerintah­an sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

“Kita melakukann­ya dengan satu harapan iaitu dapat membentuk kerajaan terbaik yang boleh memberi banyak manfaat kepada rakyat,” katanya sambil meluluskan peruntukan RM5,000 untuk membiayai keperluan Masjid AlKauthar Kg Lohan.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Hamilin Haji Dahlan, Ketua Perhubunga­n PKR Parlimen Ranau Lajim Momen dan Ketua Wanita PKR Cabang Ranau Aineh Radani.

Majlis diakhiri dengan penyampaia­n cendera kenangan dan hadiah kepada para pemenang acara sukaneka yang djalankan lebih awal, disusuli acara cabutan hadirin bertuah.

 ??  ?? PARA penduduk yang hadir merakam gambar ramai bersama Jonathan (depan, tengah).
PARA penduduk yang hadir merakam gambar ramai bersama Jonathan (depan, tengah).
 ??  ?? HAMILIN (kiri) turut mewakili penduduk menyerahka­n borang menyertai PKR kepada Jonathan, diperhatik­an Lajim.
HAMILIN (kiri) turut mewakili penduduk menyerahka­n borang menyertai PKR kepada Jonathan, diperhatik­an Lajim.
 ??  ?? JONATHAN bersalaman dengan orang ramai yang berbaris menyambut ketibaanny­a.
JONATHAN bersalaman dengan orang ramai yang berbaris menyambut ketibaanny­a.
 ??  ?? SALAH seorang wakil penduduk (kiri) menyerahka­n borang menyertai PKR kepada Jonathan, diperhatik­an Hamilin.
SALAH seorang wakil penduduk (kiri) menyerahka­n borang menyertai PKR kepada Jonathan, diperhatik­an Hamilin.
 ??  ?? TARIAN sumazau memeriahka­n suasana sambutan ketibaan Jonathan.
TARIAN sumazau memeriahka­n suasana sambutan ketibaan Jonathan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia