Utusan Borneo (Sabah)

Selangor rampas Piala Sultan Selangor 2018

-

SHAH ALAM: Pasukan Pilihan Selangor merampas kembali Piala Sultan Selangor selepas menewaskan skuad Pilihan Singapura 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada edisi ke-17 kejohanan bola sepak tahunan itu di Stadium Shah Alam di sini, malam Ahad.

Juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.

Pada penentuan sepakan penalti, pemain sayap, Muhd Faris Ramli menyempurn­akan sepakan terakhir bagi mematahkan hasrat Singapura untuk merakam kemenangan hatrik pada dua edisi berturut-turut sebelum ini.

Dalam aksi itu, pasukan pelawat memulakan asakan awal menguji kesebelasa­n utama jurulatih Datuk K. Rajagobal menerusi jaringan Shuhei Hoshino pada minit kelapan.

Selangor tidak menunggu lama apabila dihadiahka­n sepakan percuma yang disudahi tandukan kemas Rufino Segovia Del Burgo bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari gol tambahan namun tiada sebarang jaringan berjaya dicipta sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, jurulatih Rajagobal membuat beberapa pertukaran bagi memantapka­n jentera serangan manakala percaturan sama dilakukan jurulatih pasukan lawan, Marko Kraljevic dengan menukar beberapa pemain.

Namun kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan sehingga wisel tamat separuh masa kedua dibunyikan dengan keputusan 1-1 sekali gus membawa kepada penentuan sepakan penalti.

Selaku juara, Pilihan Selangor membawa pulang Piala Sultan Selangor yang disampaika­n oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Untuk rekod Pilihan Selangor merakam kemenangan kali kelapan apabila pernah muncul juara pada edisi 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013 dan 2014.

Turut menyaksika­n perlawanan berkenaan tersebut ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Bernama

 ??  ?? PASUKAN pilihan Selangor meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan pilihan Singapura dalam perlawanan Piala Sultan Selangor 2018 di Stadium Shah Alam, pada Sabtu. -Gambar Bernama
PASUKAN pilihan Selangor meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan pilihan Singapura dalam perlawanan Piala Sultan Selangor 2018 di Stadium Shah Alam, pada Sabtu. -Gambar Bernama
 ??  ?? PEMAIN pilihan Selangor Rufino Segovia Del Burga (tiga, kiri) diasak pemain pilihan Singapura Mohd Irfan mohd Najeed (dua, kanan) dalam perlawanan Piala Sultan Selangor 2018 di Stadium Shah Alam. -Gambar Bernama
PEMAIN pilihan Selangor Rufino Segovia Del Burga (tiga, kiri) diasak pemain pilihan Singapura Mohd Irfan mohd Najeed (dua, kanan) dalam perlawanan Piala Sultan Selangor 2018 di Stadium Shah Alam. -Gambar Bernama
 ??  ?? SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (tiga kiri) berkenan meyampaika­n piala kepada pasukan Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam. -Gambar Bernama
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (tiga kiri) berkenan meyampaika­n piala kepada pasukan Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia