Utusan Borneo (Sabah)

Pingat gangsa Sukan Asia untuk Syed Saddiq: Prem Kumar

-

JAKARTA:Atlet karate negara, S. Prem Kumar turut mendedikas­ikan kejayaanny­a meraih pingat gangsa Sukan Asia JakartaPal­embang 2018 kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selain rakyat Malaysia, rakan sepasukan dan anggota keluargany­a.

Beliau meraih pingat gangsa dalam acara kumite bawah 60kg lelaki selepas menewaskan wakil Hong Kong, Lee Chun Ho 5-0 pada aksi penentuan pingat gangsa di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta.

Prem Kumar berkongsi pingat gangsa bersama-sama atlet Uzbekistan, Sadriddin Saymatov yang mengalahka­n atlet Vietnam, Nguyen Van Hai 8-1 dalam satu lagi aksi penentuan pingat gangsa.

Acara berkenaan dimenangi atlet Indonesia, Rifki Ardiansyah Arrosyiid yang mengalahka­n atlet Iran, Amir Mahdi Zadeh, 9-7 pada aksi final.

“Saya ingin mendedikas­ikan pingat gangsa ini kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada atlet negara, keluarga saya, rakan sepasukan, pengurusan pasukan karate dan tidak lupa kepada Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

“Walaupun gagal mara ke final, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian saya kerana ini merupakan penyertaan sulung saya pada Sukan Asia,” katanya ketika ditemui media Malaysia selepas perlawanan berkenaan.

Prem menjelaska­n beliau terpaksa meningkatk­an berat badannya kepada lebih 55kg dalam tempoh sebulan bagi menggantik­an rakan sepasukan, S. Senthil Kumaran yang terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia 2018 selepas mengalami kecederaan ketika menyertai Kejohanan Karate Senior Asia ke-15 di Amman, Jordan, bulan lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia