Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo bantu Juventus lakar kemenangan di gelanggang sendiri

-

TURIN, Itali: Cristiano Ronaldo masih menunggu gol kompetetif pertama beliau di Itali tetapi bintang bola sepak dunia itu memulakan perlawanan di gelanggang sendiri dengan kemenangan 20 bersama Juventus sementara Napoli bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menewaskan AC Milan 3-2 pada aksi Serie A Itali Sabtu lepas.

Ronaldo, 33, memainkan satu peranan dalam gol kedua Mario Mandzukic pada minit ke-75 selepas Miralem Pjanic meletakkan pasukan di hadapan.

Ronaldo menyertai juara Serie A Itali itu dari Real Madrid dengan yuran perpindaha­n 100 juta euro.

Juventus sekarang menang dua perlawanan pertama mereka musim ini selepas menewaskan Chievo 3-2.

“Bahaya hari ini ialah terlalu gembiraden­gankelibat­Ronaldo pada perlawanan pertama beliau di Stadium Allianz,” kata jurulatih Massimilia­no Allegri.

“Kami ada hilang rentak sesekali dalam perlawanan tetapi saya gembira dengan prestasi keseluruha­n pasukan dan ia adalah kemenangan pertama kami ke atas kelab besar lain.

“Cristiano baharu bersama kami selama 15 hari, beliau bermain dengan baik ketika membantu pasukan bertahan dan membuktika­n beliau adalah pemain yang bijak.

“Beliau faham di mana bola sepak Itali adalah berbeza dengan di Sepanyol dan beliau juga memahami DNA Juventus.

“Dansemuaor­angmenungg­u golnya tetapi saya gembira dengan apa yang beliau lakukan dan bagaimana beliau menyesuaik­an diri dalam kelab kerana beliau seorang yang sangat merendah diri.”

Lazio, di tangga kelima musimlepas–kinimengha­rungi permulaan musim terburuk mereka dalam lebih dari satu dekad apabila tewas 1-2 kepada Napoli di tempat sendiri minggu lepas.

“Kami tidak menjangkak­an permulaan seperti ini, kami mahukan jadual (perlawanan) yang berbeza,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi, yang menyalahka­n ‘kesilapan mudah’ selepas dua kekalahan.

Lazio menamatkan rekod tanpa kalah Juventus selama dua tahun dalam liga tahun lepas tetapi selain dari cubaan Luis Alberto dalam separuh masa kedua, Lazio tidak kelihatan mampu mengancam Juventus. -AFP

 ??  ?? (Dari kiri) PEMAIN Juventus Emre Can, Ronaldo, Matuidi, Chiellini dan Mandzukic meraikan jaringan pasukan dalam perlawanan bertemu Lazio. -Gambar AFP
(Dari kiri) PEMAIN Juventus Emre Can, Ronaldo, Matuidi, Chiellini dan Mandzukic meraikan jaringan pasukan dalam perlawanan bertemu Lazio. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia