Lambang kesatuan, semangat kental
‘Sabah Merdeka Walk’ peringati kemerdekaan, serlah patriotisme
KOTA MARUDU: ‘Sabah Merdeka Walk’ (perarakan kemerdekaan Sabah) yang melibatkan kira-kira 200 peserta di sini pada Ahad menunjukkan generasi muda di negeri ini memiliki semangat patriotik yang tinggi untuk memperingati Hari Kemerdekaan Sabah sebelum penandatanganan pembentukan Persekutuan Malaysia.
Pengelola program peringkat negeri, Jalumin Bayogoh berkata program simbolik bebas dari penjajahan itu berjaya menyatukan semangat kental khususnya dalam kalangan peserta belia di sini mengenai inspirasi mereka berhubung pembentukan kerajaan sendiri.
“Kita akan menuntut kepada kerajaan Persekutuan agar tarikh kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu masingmasing dinyatakan dengan jelas kerana 31 Ogos 1957 bukanlah hari kemerdekaan negara, melainkan Tanah Melayu, manakala Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963,” katanya.
Beliau menegaskan tuntutan yang sama telah diajukan kepada Kerajaan Negeri Sarawak sejak tiga
“Kita akan menuntut kepada kerajaan Persekutuan agar tarikh kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu masing-masing dinyatakan dengan jelas kerana 31 Ogos 1957 bukanlah hari kemerdekaan negara, melainkan Tanah Melayu, manakala Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963.
JALUMIN BAYOGOH Pengelola program peringkat negeri
tahun lalu dan syukur kerana negeri itu telah meraikan kemerdekaannya pada tarikh 22 Julai sejak beberapa tahun lalu.
Dalam amanatnya, Jalumin menyifatkan program peringatan kemerdekaan Sabah itu telah membawa kejayaan besar melalui pelaksanaan program Sabah Merdeka Walk sejauh 7km di sini.
Sementara itu, Pengerusi Sabah Merdeka Walk Zon Utara Kensin Tinorusan yang turut menamatkan perjalanan menyatakan terima kasih kepada pihak polis dan juga Majlis Daerah Kota Marudu kerana memberi laluan kepada pelaksanaan program berkenaan.
Para peserta pelbagai kontinjen termasuk pasukan sukarela berseragam berarak membawa bendera Sabah dan tiba di astaka pada jam 10.15 pagi.
Perarakan itu turut disertai sekumpulan 15 ahli Pathfinder yang membawa bendera gergasi Sabah diketuai Yuning Kundaram, yang membuat penyerahan rasmi bendera itu di pekan.
Penerimaan rasmi bendera gergasi Sabah itu disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Mosik Daneal Kiduta yang seterusnya menyerahkan kepada Jalumin untuk dikibarkan selama 30 minit.