Dua mati, 241 tercedera gempa sekuat 6.0 magnitud landa Iran
TEHRAN: Dua orang telah terkorban dan lebih dari 200 tercedera dalam satu gempa bumi sekuat 6.0 magnitud yag melanda barat Iran berhampiran sempadan dengan Iraq pada awal semalam, menurut pihak berkuasa memberitahu media tempatan.
Gempa bumi yang cetek berlaku 26 kilometer barat daya bandar Javanrud di wilayah Kermanshah, menurut pihak US Geological Survey, berhampiran kawasan bagi satu gempa bumi yang sangat kuat pada tahun lepas yang mengorbankan ratusan orang.
Ketua bagi jabatan kecemasan Sains Perubatan di Universiti Kermanshah, Saeb Sharidari, memberitahu agensi berita negara IRNA bahawa dua orang telah terkorban dan 241 orang telah tercedera, enam lagi dalam keadaan kritikal.
Sharidari menyatakan dua yang terkorban adalah seorang wanita mengandung dan seorang lelaki berusia 70 tahun yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ketua wilayah bagi Bulan Sabit Merah, Mohammad Reza Amirian, menyatakan terdapat sekurang-kurangnya 21 gegaran susulan.
Beliau menyatakan terdapat masalah yang berpotensi dengan air minuman disebabkan oleh kerosakan infrastruktur di beberapa kampung, namun bahawa ia masih belum perlu bagi pengagihan makanan dan khemah.
Gabenor Kermanshah Houshang Bazvand memberitahu agensi berita Tasnimb bahawa bekalan elektrik telah terputus buat sementara waktu di beberapa kampung.
Sebuah pusat krisis telah ditubuhkan, dengan beberapa hospital dan organisasi bantuan diarahkan agar bersedia.
Namun pengarah tempatan bagi pengurusan krisis, Reza Mahmoudian, memberitahu agensi berita Mehr bahawa “situasi berada dalam kawalan” dan tiada permintaan bagi bantuan telah dihantar kepada wiilayah-wilayah berhampiran.
Terdapat laporan bahawa gempa bumi telah dirasai sehingga sejauh merentasi sempadan ke Iraq.
Gambar di dalam media sosial menunjukkan orang ramai telah segera dihantar ke hospital, namun mencadangkan bagi kerosakan ringan terhadap infrastruktur.
Iran terletak di atas dua plat tektonik utama dan kerap melihat aktiviti seismik.
Pada November tahun lepas satu gempa bumi yang kuat dengan 7.3 magnitud telah mengorbankan 620 orang di wilayah Kermanshah dan seramai lapan lagi di Iraq. — AFP