Pupuk semangat patriotik
Bagi menangkis pelbagai cabaran termasuk kewujudan media sosial pada masa kini
KUCHING: Semangat patriotik perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menangkis pelbagai cabaran termasuk kewujudan media sosial pada masa kini.
Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana penggunaan media sosial tanpa kawalan dilihat sebagai ancaman yang mampu menggugat keharmonian masyarakat dan perpaduan kaum.
“Terdapat perkara-perkara yang tidak benar, tidak betul dan khabar palsu yang disebarkan melalui media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Maka itu, kita harus bersatu bagi mengekang apa jua unsur negatif yang dibawa bersama media sosial melalui pelbagai medium. Salah satunya dengan penganjuran Kempen Kibar Jalur Gemilang seperti hari ini (semalam),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Sri Kandis, Kampung Siol Kandis di sini, Ahad lepas.
Melalui usaha sedemikian, Fadillah yakin keharmonian kaum dan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat dapat dikekalkan sekali gus turut dinikmati generasi akan datang.
Menurutnya, program itu bukan sekadar merapatkan ukhuwah, perpaduan dan jalinan kerjasama masyarakat malah mampu menyemarakkan lagi semangat kenegaraan dalam diri rakyat negara ini.
“Semoga usaha ini (penganjuran Kempen Kibar Jalur Gemilang) diteruskan dan berdoa agar negeri dan negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman, harmoni, makmur dan sejahtera.
“Ini adalah salah satu cara untuk kita membawa anakanak terutama generasi muda meraikan hari kemerdekaan dan seterusnya memupuk semangat patriotik dalam kalangan mereka,” katanya.
Dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Siol Kandis, pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pertandingan menghias rumah dengan bendera, pertandingan mewarna dan banyak lagi diadakan bagi memeriahkan program tersebut.
Pada majlis itu, Fadillah turut menerima satu dokumen
“Terdapat perkara-perkara yang tidak benar, tidak betul dan khabar palsu yang disebarkan melalui media sosial oleh pihak yang tidak ” bertanggungjawab. DATUK SERI FADILLAH YUSOF Ahli Parlimen Petra Jaya
iaitu laporan mengenai Kampung Siol Kandis daripada Penghulu kampung itu, Amin Abdullah.