30 kontinjen ambil bahagian dalam perbarisan Bulan Kebangsaan daerah Keningau
KENINGAU: Kira-kira 1,000 orang mewakili 30 kontijen mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat daerah yang diadakan di kompleks sukan di sini pada Selasa.
Para kontinjen yang mengambil bahagian terdiri jabatan- jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia.
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Ras ini n Kaut i s telah melakukan pelancaran program itu yang turut diadakan gerai-gerai pameran sejarah dan produk tempatan daripada pengusaha di daerah ini.
Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat di daerah ini agar dapat mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan, kediaman dan premis kerja masingmasing dengan penuh rasa megah dan bangga.
Katanya, ia adalah masanya rakyat mengetepikan fahaman politik masing-masing dan menunjukkan rasa cinta serta bangga kepada negara.
“Semoga dengan cara ini kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme terhadap tanah air tercinta dengan mengekalkan semangat perpaduan, kesatuan, sikap hormat menghormati dan persaudaraan yang sedia terjalin di antara rakyat, agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti sekali gus memacu negara ini ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.
Justeru, beliau mengajak rakyat di daerah ini bersamasama menyemai semangat
‘Sayangi Malaysiaku’ bermula dari peringkat anak-anak lagi agar mereka memahami erti kemerdekaan, kedaulatan dan perpaduan demi memastikan generasi akan datang dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera.
Rasinin yang juga Adun Liawan yakin program itu akan dapat menaikkan semangat cintakan negara khususnya kepada generasi muda untuk lebih menghayati dan menyayangi negara bertuah ini.
“Pemilihan tema Sayangi Malaysiaku bagi sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia tahun ini amat bertepatan sekali dengan situasai sekarang yang akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita sebagai wa rganega r a Ma l ays i a yang cintakan tanah air.
“Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui pengaruh negatif serta amalan yang merosakkan negara kita,” katanya.
Beliau berkata, penetapan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami, hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara lebih gemilang, stabil dan aman damai.
Dengan nikmat kemerdekaan katanya, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta dapat bertolak ansur dalam menjalin hubungan, sekali gus perpaduan kaum yang merupakan satu nikmat amat berharga.
Sementara itu, Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Sambutan Haji Yusop Haji Osman turut meminta rakyat di daerah ini termasuk premispremis perniagaan agar dapat mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kesyukuran terhadap keamanan dan keharmonian negara ini sejak mencapai kemerdekaan.
Beliau juga berharap agar pada perayaan akan datang, lebih ramai generasi belia dilibatkan dalam sambutan s eumpama i tu supaya mereka lebih memahami dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.
Hadir sama pada majlis itu, Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Lee Nyuk Kim, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif dan OKK Victor Anahong, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Eddy RM Jasni, Penolong Pegawai Daerah Sook Virus Malitam dan Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau (KCCC) Raymond Koh, serta Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah Justin Alip (Tambunan) dan Egbert Manjin (Bingkor).