Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan digesa rebut peluang

Terbuka dalam industri pelanconga­n

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Usahawan di daerah ini perlu agresif merebut peluang dalam industri pelanconga­n, kata Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian.

Menurutnya, industri pelanconga­n yang dapat memberi pelbagai ruang perniagaan memerlukan usahawan yang berdaya saing dalam mengetenga­hkan produk dan perkhidmat­an mereka.

“Kerajaan negeri akan membawa pembanguna­n ke daerah-daerah pantai timur untuk menggemble­ng usaha memajukan pelanconga­n.

“Lahad Datu daerah yang unik dengan pelbagai sumber dari perladanga­n, penternaka­n dan perikanan, lebih-lebih lagi pelanconga­n.

“Jadi dengan mengetenga­hkan produk dan perkhidmat­an dengan melibatkan diri sebagai pemain dalam industri pelanconga­n, saya yakin inilah peluang untuk anda kerana anda tahu dan

“Kerajaan negeri akan membawa pembanguna­n ke daerah-daerah pantai timur untuk menggemble­ng usaha memajukan pelanconga­n. Lahad Datu daerah yang unik dengan pelbagai sumber dari perladanga­n, penternaka­n dan ” perikanan, lebih-lebih lagi pelanconga­n. ASSAFFAL P ALIAN

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

memiliki keunikan yang perlu diketengah­kan dalam industri ini,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tungku berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan majlis penutupanK­arnivalPer­satuan Komuniti Usahawan Lahad Datu (Perlu) di Dataran Palma, di sini pada Sabtu.

Menurut Assaffal, daerah ini akan terus dijana pembanguna­nnya dengan usaha menghidupk­an Kluster Industri Kelapa Sawit (POIC), merealisas­ikan lapangan terbang baharu, menjana industri hiliran dan menggiatka­n aktiviti pelanconga­n.

“Apabila empat perkara ini direalisas­ikan, saya yakin kesejahter­aan yang diimpikan rakyat akan dicapai selari dengan pembanguna­n pendidikan dan sosial dan ekonomi,” katanya.

Seterusnya, Assaffal menyeru usahawan di daerah ini meneruskan usaha perniagaan mereka dan mempunyai azam untuk memajukann­ya.

Tegasnya, usahawan tidak lagi perlu menjadikan permasalah­an mereka sebagai alasan untuk maju sebaliknya tampil menyelesai­kannya kerana terdapat pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang menawarkan bantuan.

“Sebagaiman­a kaum Tionghua maju kerana kuat berusaha, usahawan tempatan juga pasti boleh maju dan berdaya saing.

“Ingatlah kejayaan kita bukan kerana di mana kita bermula tapi di mana kita pada akhirnya,” katanya.

Pada majlis itu, Pengerusi Perlu Syaripuddi­n Kamaruddin merakamkan penghargaa­n kepada kepimpinan baharu kerana terus prihatin terhadap usahawan daerah ini.

“Perlu sebagai landasan komuniti usahawan akan menjadikan platform persatuanu­ntuktampil­sebagai komuniti yang mendukung perancanga­n kerajaan.

“Saya bersama persatuan akan terus menggerakk­an aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada Perlu seterusnya membina komuniti yang maju dan berdaya saing dalam perniagaan,” katanya.

 ??  ?? ASSAFFAL dan Syaripuddi­n memotong kek bertemakan Hari Kemerdekaa­n sebagai simbolik perasmian itu.
ASSAFFAL dan Syaripuddi­n memotong kek bertemakan Hari Kemerdekaa­n sebagai simbolik perasmian itu.
 ??  ?? ASSAFFAL berucap pada majlis itu.
ASSAFFAL berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia