Utusan Borneo (Sabah)

SK Sembirai Kota Belud adakan Sambutan Hari PPKI

SK Sembirai Kota Belud adakan Sambutan Hari PPKI

-

JIKA dilihat dari jauh, tentu sekali SK Sembirai Kota Belud disangka sedang mengadakan karnival jualan besar-besaran, kerana dua khemah yang mempamerka­n jualan hasil pertanian, minuman, kraftangan dan beberapa gerai lagi dikerumuni pelanggan.

Seorang guru dilihat memborong 25 polibeg berisi anak terung dan di hadapan kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) berkumpul ibu bapa serta murid menanti penuh debaran siapa gerangan yang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah sebuah basikal.

Keramaian yang terjadi pada 30 Ogos lalu sebenarnya adalah sempena Sambutan Hari Pendidikan Khas PPKI SK Sembirai, yang bertujuan mendedahka­n murid-murid PPKI kepada bidang keusahawan­an yang tidak mesti tidak akan mereka tempuhi kelak.

Penolong Kanan PKKI SK Sembirai Maimonah Komad memberitah­u, melalui program yang diadakan selama tiga hari itu, murid-murid PPKI yang berjualan di situ merasai sendiri pengalaman berniaga dan diharapkan agar ia memberi suntikan motivasi kepada kanak-kanak istimewa itu.

“PPKI merupakan sekolah khas kepada mereka yang mempunyai kelainan upaya seperti kanak-kanak hiperaktif, sindrom down, autisme dan lain-lain lagi. Di sini mereka diberi didikan sempurna mengikut keupayaan masing-masing oleh guru-guru terlatih.

“Sebelum ini, masyarakat mempunyai anggapan betapa kanak-kanak golongan ini sukar menemui masa depan yang cerah, tetapi apabila melihat keupayaan kanakkanak ini, stigma negatif itu semakin lenyap sedikit demi sedikit,” katanya.

“Malahan kemampuan kanak-kanak ini adakalanya lebih menonjol berbanding kanak-kanak biasa. Lihat saja Felisia Mikat yang mengharumk­an nama negara melalui Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017,” kata Ketua

Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas PPD Kota Belud Peter J Lajim.

Katanya, masyarakat perlu membuka mata dan menerima kanak-kanak kelainan upaya itu kerana mereka juga mampu menyumbang kepada kemajuan negara, melalui cara mereka sendiri. Bahkan, golongan berkenaan telah diberi 39 keistimewa­an dan kemudahan oleh kerajaan.

“Antara kemudahan itu ialah mereka diberi kemudahan pinjaman untuk memu- lakan perniagaan di beberapa agensi kerajaan di mana, agensi berkenaan memberi mereka diskaun semasa membayar balik pinjaman.

“Saya begitu optimis bahawa golongan ini amat berpotensi untuk maju dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh, sebuah pasar mini terkenal dan kini mempunyai 200 cawangan di seluruh negara adalah diasaskan oleh seorang lelaki yang mempunyai kelainan upaya,” katanya.

PPKI SK Sembirai merupakan sekolah PPKI kedua terbesar di Kota Belud, yang menghimpun­kan 53 kanak-kanak berkelaina­n upaya di sekitar Kota Belud.

Guru Besar SK Sembirai Mudin Mohamad berdapat pendapat masih ada lagi kanak-kanak yang tidak dihantar ke sekolah PPKI.

Beliau berkata, antara alasan ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah PPKI ialah kerana jarak antara sekolah PPKI dan rumah pelajar yang begitu jauh, yang sudah pasti membabitka­n faktor kewangan sesebuah keluarga.

“Kita menerima alasan ini namun dalam masa yang sama, kita berasa sedih kerana anak-anak istimewa berkenaan tidak dapat menerima pendidikan sewajarnya. Harap-harapnya, seiringan dengan kemajuan negara, kerajaan mampu memikirkan cara terbaik bagaimana mengatasi masalah ini,” katanya.

Namun bagi Mastiah Intoh, ibu kepada murid PPKI, Mohd Irfan Mohd Anas dari Kg Kotabungan, jarak bukanlah satu halangan untuknya bagi memastikan anaknya mengecapi pendidikan sempurna, seperti kanak-kanak lain.

Mastiah selalu menghantar anaknya ke SK Sembirai dengan menggunaka­n motosikal setiap pagi dan menjemputn­ya pada jam 1 petang tanpa sebarang rungutan, meskipun mengharung­i jarak hampir 10 kilometer setiap hari persekolah­an.

Apabila ditanya mengapa dia tidak memindahka­n anaknya bersekolah di PPKI SK Tamau yang baru diwujudkan dan berdekatan dengan rumahnya, Mastiah memberitah­u hanya setahun lagi anaknya akan melangkah ke sekolah menen- gah.

“Biarsaya lah bersusahpa­yah untuk setahun lagi. nampak Irfan

serasi di sini. Saya Lagipun, saya nampak anak ini semakin hari semakin memahami apa yang diajarkan oleh guruguru di sini. Irfan bermasalah dalam memahami arahan sejak kecil.

“Tetapi tanggungja­wab untuk membimbing anak ini tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada gurunya. Saya tidak jemu-jemu meletakkan kedudukan kasut yang benar untuknya setiap hari sejak dia kecil. Sekarang usianya 11 tahun, dan saya nampak Irfan sudah mampu memakai kasut sendiri,” ujarnya tersenyum. -Artikel sumbangan Mabulmaddi­n Shaiddin

 ??  ?? SEBAHAGIAN murid PPKI, kakitangan sekolah SK Sembirai bergambar dengan Peter (tengah).
SEBAHAGIAN murid PPKI, kakitangan sekolah SK Sembirai bergambar dengan Peter (tengah).
 ??  ?? PETER bersama Mudin mengumumka­n pemenang untuk pertanding­an ‘teka berat ayam’.
PETER bersama Mudin mengumumka­n pemenang untuk pertanding­an ‘teka berat ayam’.
 ??  ?? MASTIAH dengan anaknya, Mohd Irfan Mohd Anas. PELAJAR SK Sembirai tertarik melihat alat timbang yang digunakan menimbang berat ayam, dalam acara ‘timbang berat ayam’.
MASTIAH dengan anaknya, Mohd Irfan Mohd Anas. PELAJAR SK Sembirai tertarik melihat alat timbang yang digunakan menimbang berat ayam, dalam acara ‘timbang berat ayam’.
 ??  ?? PETER membeli benih terung hasil daripada tanaman yang diusahakan oleh murid-murid PPKI. Turut kelihatan ialah Mudin (kanan) dan Maimonah Komad (kiri).
PETER membeli benih terung hasil daripada tanaman yang diusahakan oleh murid-murid PPKI. Turut kelihatan ialah Mudin (kanan) dan Maimonah Komad (kiri).
 ??  ?? GURU-guru SK Sembirai menjadi pelanggan kepada murid-murid PPKI.
GURU-guru SK Sembirai menjadi pelanggan kepada murid-murid PPKI.
 ??  ?? PEMENANG cabutan tiket bertuah.
PEMENANG cabutan tiket bertuah.
 ??  ??
 ??  ?? MAIMONAH
MAIMONAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia