LHDNM Sandakan anjur program kembara

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes - Oleh NOORASVILLA MUHAMMA

SANDAKAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Sandakan telah menganjurkan Program Kembara Merdeka Hasil 2018 buat julung kalinya pada Selasa.

Pelepasan peserta kembara telah disempurnakan oleh PengarahLHDNMCawangan Sandakan Bacho Abdul Karim pada jam 8.30 pagi di Menara Hasil Sandakan dan berakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bambangan, di sini.

Dalam perjalanan menuju ke destinasi terakhir di SK Bambangan, kembara yang disertai oleh seramai 40 pegawai LHDNM Cawangan Sandakan turut singgah di Hab Pendidikan Sandakan di Batu 10.

Mereka telah melawat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Politeknik dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) (Fakulti Pertanian Lestari) bagi mengedarkan risalah percukaian serta Jalur Gemilang sebagai manifestasi semangat patriotik kepada negara.

Bacho dalam ucapannya di SK Bambangan berkata, program itu dianjurkan bagi meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Katanya, program juga bertujuan menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa sumbangan cukai amat penting dalam usaha memakmurkan negara ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pelbagai aktiviti telah disusun rapi sebagai pengisian program berkenaan seperti taklimat percukaian kepada guru-guru dan kakitangan serta aktiviti kesedaran cukai bersama murid-murid di SK Bambangan.

Di samping itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada murid-murid seperti beg dan alat tulis.

Hadir sama, Guru Besar SK Bambangan Mohd Nor Mohd Yunus, Timbalan Pengarah LHDNMCawanganSandakan Chan Sou Lan dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan Ahmad Yussof.

BACHO (tengah) ketika menyempurnakan acara pelepasan peserta Kembara Merdeka Hasil 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.