Sepanyol cemari faktor ceria England pada Piala Negara UEFA
LONDON, Sepanyol: England gagal meneruskan rentak cemerlang selepas melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2018 apabila memulakan kejohanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) dengan kekalahan 1-2 kepada Sepanyol pada perlawanan di Wembley, yang juga perlawanan pertama Luis Enrique sebagai jurulatih baharu Sepanyol Sabtu lepas.
England tidak mengharapkan permulaan lebih baik pada perlawanan pertama mereka sejak Piala Dunia apabila Marcus Rashford membuka jaringan pada awal permainan.
Tetapi Sepanyol, yang tersingkir di pusingan kedua pada kempen Piala Dunia bermasalah di mana jurulatihnya, Julen Lopetegui dipecat sehari sebelum kejohanan, memusnahkan semangat baik England dengan menjaringkan dua gol menerusi jaringan Saul Niguez dan Rodrigo sebelum rehat.
Keadaan menjadi lebih buruk buat England apabila Luke Shaw terpaksa dikeluarkan dari padang pada awal separuh masa kedua kerana kecederaan di bahagian kepala.
Tetapi hanya tiga aksi cemerlang dari penjaga gol Sepanyol, David de Gea dan keputusan kontroversi pengadil tidak membenarkan gol lewat Danny Welbeck menafikan anak buah Gareth Southgate sekurang-kurangnya satu mata.
Kapten England, Harry Kane, menerima anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia dengan suasana meriah sebelum sepak mula yang diteruskan dengan gol awal England.
Shaw, yang membuat penampilan kesebelasan utama yang pertama bersama England sejak tiga tahun ekoran kecederaan patah kaki dan kehilangan prestasi pada dua musim terakhir.
Beliau menebus kekecewaan itu dengan melakukan satu hantaran lintang cantik yang disempurnakan Rashford tetapi penyokong England tersentak dua minit kemudian apabila Sepanyol mengikat kedudukan selepas umpanan Rodrigo disempurnakan Saul untuk gol antarabangsa sulung beliau.
Kekuatan England adalah berdepan cubaan dari tendangan bola mati tetapi mereka bolos dari satu tendangan percuma Thiago Alcantara yang disempurnakan Rodrigo.