Empat sekeluarga maut, MPV dinaiki bertembung trailer
Kenderaan MPV dinaiki bertembung treler
JOHOR BAHRU:Empat sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan LabisSegamat, berhampiran Kampung Melayu Raya dekat sini.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat ketika dihubungi berkata kejadian berlaku pada pukul 1.40 tengah hari sewaktu hujan lebat dan kenderaan itu dalam perjalanan dari Labis menghala ke Segamat manakala treler dari Segamat ke Labis.
“Dalam kemalangan itu, empat mangsa iaitu masingmasing seorang lelaki dan wanita serta seorang kanakkanak lelaki dan kanak-kanak perempuan telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu MPV, Nur Faizlin Jamaludin @ Samsudin, 37; suaminya Nizam Daud, 51; anak mereka Muhammad Niyaz, 2, dan Nur Naqiya, 6, sementara seorang lagi anak pasangan itu, Muhammad Naqib, 9, terselamat.
Muhammad Naqib yang tercampak keluar daripada MPV itu kemudian dibawa ke Hospital Segamat bersama pemandu treler terbabit yang turut cedera, katanya.
Menurut beliau, kejadian dipercayai berpunca daripada pemandutreleryangdikatakan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar bahagian hadapan kereta tersebut.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Syed Putra Syed Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden pada pukul 1.35 tengah hari sebelum menggerakkan lima anggota ke tempat kejadian.
“Sewaktu tiba kira-kira lapan minit kemudiannya, kami mendapati kesemua mangsa telah meninggal dunia akibat cedera parah. Mayat kesemuanya telah diserahkan kepada polis manakala mangsa cedera sudah dihantar lebih awal ke Hospital Segamat,” katanya.-Bernama
“Kejadian berlaku pada pukul 1.40 tengah hari sewaktu hujan lebat dan kenderaan itu dalam perjalanan dari Labis menghala ke Segamat manakala treler dari Segamat ke Labis. ” SUPT RAUB SELAMAT Ketua Polis Daerah Segamat