Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan khas dibentuk tangani kecurian ikan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani masalah kecurian ikan milik pengusaha perikanan di daerah ini.

“Pasukan Khas ini akan dianggotai oleh pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, komersial, narkotik dan marin,” katanya ketika sesi dialog bersama pengusahap­engusaha perikanan di Persatuan Perikanan (Tong Kang) Sandakan, pagi Isnin.

Turut hadir di majlis berkenaan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah George Hiew, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan Pengerusi Persatuan Perikanan (Tong Kang) Sandakan Lee Shau Kun.

Beliau berkata pihaknya juga akan melibatkan pihak Majlis Perbandara­n Sandakan dalam pasukan ini.

Azhar berkata pihaknya akan mengambil tindakan dan siasatan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pengusaha perikanan berkenaan.

Dalam pada itu juga, beliau menegaskan di mana pihaknya akan mengambil perhatian serius berhubung aduan pengusaha perikanan ini yang mendakwa terdapatny­a gangster yang sedang menjalanka­n aktiviti melibatkan pekerja-pekerja

bersama Peter, Azhar dan Lee bergambar bersama sebahagian pengusaha yang hadir pada majlis itu.

mereka.

“Pihaknya akan sentiasa bekerjasam­a dari pihak pengusaha perikanan ini untuk menangani dua isu berkenaan,” katanya.

Mengenai kejadian seorang lelaki menyerang anggota bertugas memadam kebakaran di Kampung Gelam, Azhar berkata pihaknya telah menahan lelaki berkenaan yang berumur 32 tahun.

“Pihaknya akan menjalanka­n siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menganggu tugas penjawat awam,” katanya.

Sementara itu mengenai isu pengusaha perikanan, George Hiew meminta pengusahap­engusaha perikanan ini memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis berhubung isu kecurian ikan berkenaan.

“Penubuhan satu pasukan khas menangani kes ini adalah satu tindakan yang baik bagi menahan pihak-pihak terlibat dalam masalah kecurian tangkapan,” katanya.

 ??  ?? GEORGE
GEORGE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia