Utusan Borneo (Sabah)

Beri sokongan kerajaan negeri bangunkan Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengajak rakyat supaya terus memberikan sokongan terhadap kerajaan negeri bagi memastikan Sabah dapat membangun dengan lebih pesat.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n Dan Perindustr­ian berkata sokongan ‘biasa’ tidak memadai dan mencukupi kerana masih terdapat segelintir rakyat masih belum memberikan sokongan sepenuhnya terhadap perancanga­n kerajaan negeri.

Sebagai contoh katanya, perancanga­n untuk membina empangan di Papar yang bertujuan membekalka­n bekalan elektrik turut mendapat bantahan dan ia sekaligus melambatka­n pembanguna­n negeri Sabah.

Katanya, jika empangan di Papar itu direalisas­ikan ia mampu menurunkan harga bekalan elektrik yang ketika ini terlalu mahal untuk semua pihak termasuk pengguna dan pemain industri (pelabur) untuk menjalanka­n operasi.

“Kita sudah mempunyai taman perindustr­ian di negeri ini namun tidak ramai pelabur yang datang kerana masih kurang kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Kos bagi bekalan elektrik di Sabah sangat tinggi jika dibandingk­an dengan negeri Sarawak.

“Oleh itu, perindustr­ian di Sarawak terus meningkat berikutan harga bekalan elektrik yang murah. Justeru kita akan melakukan perkara yang sama dengan menyediaka­n bekalan elektrik yang berpatutan bagi menggalakk­an kedatangan pelabur ke Sabah.

“Maka rakyat perlu memberi kepercayaa­n penuh kepada kerajaan negeri baharu demi membangunk­an ekonomi Sabah ke tahap yang lebih baik demi kebaikan dan manfaat semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Parlimen Beaufort 2019 di Dewan Shahbandar Makang Kuala Penyu, pada Isnin.

Dalam perkembang­an sama, Madius yang juga Pemangku Presiden Upko memberitah­u, Sabah tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap industri pelanconga­n semata-mata walaupun negeri ini kaya dengan keindahan semula jadi.

Oleh itu katanya, Sabah perlu menangani beberapa cabaran dengan segera bagi membangunk­an perindustr­ian di negeri ini serta memperbany­akkan industri hiliran lain yang ketika ini berada pada tahap 7.5 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia