Utusan Borneo (Sabah)

JAMIN BEKALAN AIR CUKUP

Kerajaan kenal pasti beberapa lokasi untuk bina empangan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mengenal pasti lokasiloka­si sesuai untuk membina empangan bagi memastikan rakyat Sabah mempunyai bekalan air mencukupi selama 50 tahun akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan akan melakukan satu kajian mendalam terhadap tiga daerah iaitu Papar, Kota Belud dan Tambunan bagi tujuan pembinaan empanganem­pangan itu.

“Saya tahu empangan Kaiduan menjadi satu masalah besar, isu politik kita, dan saya telah nyatakan di peringkat Kabinet...kita perlu laksanakan sesuatu kerana kalau tidak kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air.

“Tidak ada maknanya kita bising di sana mungkin dengan 1,000 orang tetapi esok harinya kita berhadapan dengan kekurangan air di Kota Kinabalu, saya ingat 500,000 ribu orang akan buat bantahan dengan baldi-baldi mereka naik atas bangunan dan nyatakan tidak cukup air.

“Dengan itu saya ingin satu kajian mendalam satu di kawasan Papar, Kota Belud dan Tambunan dalam jangka masa panjang untuk bina empangan agar bekalan air Sabah mencukupi sehingga 50 tahun yang akan datang,” katanya ketika berucap di Forum Hari Malaysia anjuran Upko, di sini pada Isnin.

Beliau juga berharap forum yang diadakan Upko secara tahunan itu perlu diletakkan Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan usaha yang dilaksanak­an mempunyai perkembang­an positif.

Katanya, penting kepada rakyat Sabah mempunyai kesatuan serta semangat kekitaan bagi membolehka­n pelbagai agenda dilaksanak­an dengan

(empat kanan), Madius (lima kanan) bersama pemimpin Upko yang lain menunjukka­n tanda bagus ketika merakamkan gambar kenangan.

berjaya.

“Yakinlah bahawa Kerajaan Baharu yang ada sekarang akan memastikan hak-hak orang Sabah dipertahan­kan selain membawa negeri ini bergerak ke hadapan dengan lebih maju,” katanya.

Menurutnya, rakyat Sabah juga perlu tahu mengenai kandungan-kandungan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketika ditemui, Shafie menjelaska­n forum yang diadakan itu penting bagi kerajaan mengenali, mengetahui dan bukan sahaja mengorak langkah ke arah menjayakan agenda MA63.

“Saya harap ini menjadi satu ikatan penyatuan dari segi pemikiran rakyat di Sabah untuk menyedari tentang perkara-perkara yang dekat dengan hati mereka,” katanya sambil menambah usaha itu sangat baik.

Berhubung dengan penggunaan bahasa Inggeris, beliau menjelaska­n amalan itu tidak mempunyai sekatan kerana semua sedar dan tahu bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.

Katanya, tidak ada sekatan untuk penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajar­an di negara ini.

“Perkara ini ketika berada dalam perbincang­an Kabinet dahulu, sekolah Cina turut menggunaka­n bahasa Mandarin juga dipakai, begitu juga sekolah swasta antarabang­sa yang menggunaka­n bahasa Inggeris.

“Ada sesetengah mata pelajaran dahulu pun kita guna dalam bahasa Inggeris sebenarnya. Tidak ada dalam perlembaga­an menyatakan ini ada hadnya, kalau kita lihat dalam MA63... di peringkat negeri Sabah bahasa Inggeris masih digunakan, mahkamah dan Dewan Rakyat ketika berbahas dengan izin Speaker kita boleh gunakan bahasa Inggeris,” katanya.

Shafie berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta institusi yang lain bagi memastikan penggunaan bahasa Inggeris dalam beberapa subjek dilaksanak­an.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia