Utusan Borneo (Sabah)

Limus nafi dakwaan taja calon rebut jawatan presiden Upko

Taja calon lawan Presiden

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS SEBAHAGIAN yang hadir bersorak ‘Upko’ sempena mesyuarat itu.

KUALAPENYU:AhliDewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury menafikan dakwaan bahawa beliau kononnya menaja calon bagi merebut jawatan Presiden Upko pada pemilihan ini.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan hanya bertujuan memecahkan semangat dan kekuatan parti.

Justeru Limus mengajak seluruh ahli parti agar tidak terpengaru­h dengan fitnah berkenaan bagi memastikan parti terus utuh demi manfaat rakyat.

“Dakwaanyan­gmengataka­n kononnya saya menaja calon untuk melawan Presiden parti, adalah suatu fitnah dan sangkaan tidak baik, yang sengaja direka-reka untuk memecahkan kekuatan parti kita.

“Saya berharap ahli-ahli Upko tidak terpedaya dengan dakwaan seperti itu, sebaliknya marilah kita bersama-sama mendokong perjuangan parti dengan tulus dan ikhlas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Parlimen Beaufort 2019 di Dewan Shahbandar Makang Kuala Penyu pada Isnin.

Dalam pada itu, Limus yang juga Ketua Bahagian Upko Beaufort menggesa ahli supaya terus mengukuhka­n kesatuan dalam Upko.

Beliau berkata, berikutan perkembang­an politik semasa, Upko perlu bersifat dinamik, selari dengan keperluan semasa.

“Sejarah penting untuk kita jadikan asas kepada perjuangan, namum strategi perlu diperkasa, iaitu bagaimana kita terus bertahan dalam pertempura­n politik.

“Kita kena sediakan seorang jeneral sebagai ketua dan juga anggota yang ramai serta setia, senjata dan peralatan perang yang canggih dan berfungsi baik, bagi memperkuku­hkan sistem pertahanan daripada sebarang ancaman.

“Oleh itu, pada mesyuarat ini Upko Bahagian Beaufort mengusulka­n supaya jawatan Presiden parti kita tidak dipertandi­ngkan. Sebaliknya, Pemangku Presiden kita diangkat dan disahkan sebagai Presiden, kerana kredibilit­i dan kepimpinan­nya sudah pun teruji lagi terbukti merentasi zaman,” katanya.

Jelas Limus, usul berkenaan bukan bertujuan menidakkan amalan demokrasi, tetapi demi memantapka­n fokus dalam perjuangan parti.

“Dalam suasana politik baharu sekarang, kesepaduan dan permuafaka­tan dalam kalangan ahli amatlah penting,” katanya.

Saya berharap ahli-ahli Upko tidak terpedaya dengan dakwaan seperti itu, sebaliknya marilah kita bersama-sama mendokong perjuangan parti dengan tulus dan ikhlas. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu

 ??  ?? LIMUS menyampaik­an cenderahat­i kepada Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau sempena majlis itu. DATUK LIMUS JURY
LIMUS menyampaik­an cenderahat­i kepada Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau sempena majlis itu. DATUK LIMUS JURY
 ??  ?? LIMUS ketika berucap pada majlis itu.
LIMUS ketika berucap pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia