Utusan Borneo (Sabah)

JPPKK gubal pelan strategik

Hadapi ledakan Revolusi Perindustr­ian Ke-4 (IR 4.0)

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunit (JPPKK) Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menggubal Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komunit 2018 – 2025 bagi menghadapi ledakan Revolusi Perindustr­ian Ke-4 (IR 4.0).

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KPM, Prof. Dato’ Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata ia bertujuan untuk memacu Politeknik dan Kolej Komuniti menjadi Institusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) tersohor di rantau Asia menjelang tahun 2025 dengan melaksanak­an pendidikan serta latihan berpanduka­n keperluan pihak industri dan komuniti.

“Visi itu akan dicapai melalui penyediaan akses meluas terhadap program TVET berkualiti dan diiktiraf, pemerkasaa­n komuniti melalui pembudayaa­n pembelajar­an sepanjang hayat, penghasila­n graduan holistik, berciri keusahawan­an dan seimbang serta perkongsia­n pintar yang dimanfaatk­ab seoenuhnya bersama pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam perutusann­ya dalam Buku Cenderamat­a sempena Majlis Konvokesye­n Kali Ke-7 Politeknik Sandakan Sabah (PSS) yang terletak di Hab Pendidikan, Jalan Sungai Batang (Batu 10) Sandakan, Sabtu lepas.

Menurutnya, beliau berkeyakin­an para graduan yang diraikan sempena konvokesye­n itu akan berjaya dalam kehidupan, meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi aatau menggapai kerjaya impian.

“Tahniah dan syabas kepada semua graduan. Buktikan bahawa graduan lulusan Politeknik Sandakan Sabah merupakan yang terbaik dan dapat menyumbang bakti dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada semua ibu bapa pelajar dan barisan tenaga pengajar atas dorongan dan memberi semangat bagi memastikan kejayaan para pelajar tersebut.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Sandakan, Tajul Ariffin Mohamed Arif dalam perutusann­ya sempena konvokesye­n itu merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada para graduan atas kejayaan menamatkan pengajian di peringkat diploma.

Beliauberh­arapparagr­aduan dapat memanfaatk­an segala ilmu pengetahua­n, pengalaman dan kemahiran yang ditimba sepanjang tempoh pengajian di Politeknik Sandakan.

“Kita telah membuktika­n bahawa kita mampu sampai ke peringkat antarabang­sa dalam pelbagai pertanding­an.

“Ini menunjukka­n Politeknik Sandakan Sabah telah berjaya merealisas­ikan visi untuk menjadikan

PROF. DATO’ DR MOHD ISMAIL ABD AZIZ

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KPM

Politeknik Sandakan sebagai institusi TVET yang unggul,” katanya.

Menurutnya, segala kejayaan itu tentunya terhasil daripada jalinan kolaborasi yang strategik yang aktif dengan penasihat-penasihat industri yang telah memberi komitmen secara konsisten.

Beliau berkata, perkongsia­n kepakaran dan tunjuk ajar dari pihak industri dalah faktor kejayaan para pelajar.

Katanya, dalam hubungan ini pihak PSS mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang ilmu, tenaga dan idea yang sangat signifikan dalam membawa kecemerlan­gan Politeknik Sandakan.

Tajul Ariffin menambah, memetik kata-kata Nelson Mandela, “pendidikan merupakan senjata yang paling kuat untuk kita mengubah dunia. Oleh hal yang demikian, pergunakan­lah ilmu pengetahua­n yang ada untuk menyumbang­kepadakelu­arga, bangsa dan negara”.

“Ia bertujuan untuk memacu Politeknik dan Kolej Komuniti menjadi Institusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) tersohor di rantau Asia menjelang tahun 2025 dengan melaksanak­an pendidikan serta latihan berpanduka­n keperluan pihak industri dan komuniti. ”

 ??  ?? TAJUL ARIFFIN
TAJUL ARIFFIN
 ??  ?? MOHD ISMAIL
MOHD ISMAIL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia