Utusan Borneo (Sabah)

MPS ambil tindakan peniaga tiada lesen

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) akan mengambil tindakan terhadap peniaga termasuk penjual ikan tidak berlesen.

Presiden MPS, Datuk Peter Hii Chang Lik berkata pihak majlis akan mengambil langkah drastik bagi memastikan peniagadi bandar ini mematuhi undang-undang.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap peniaga dan penjual ikan tidak berlesen,” katanya ketika sesi dialog bersama pengusaha-pengusaha perikanan di Persatuan Perikanan (Tong Kang) Sandakan, pagi Isnin.

Turut hadir majlis berkenaan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah George Hiew, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin dan Pengerusi Persatuan Perikanan (Tong Kang) Sandakan Lee Shau Kun.

Beliau menambah pihaknya akan bekerjasam­a dengan pihak polis dan agensi berkaitan terutamany­a menangani masalah kes kecurian penguasaha ikan yang dilaporkan sebelum ini.

“Saya akan mengarahka­n Bahagian Penguatkua­sa untuk membantu pihak berkuasa untuk masalah ini,” tegasnya.

Mengenai masalah lampu di pasar, Peter akan menyelesai­kan masalah lampu dalam sedikit masa lagi.

“Beri saya sedikit masa untuk selesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pihak majlis kerana saya baru sahaja menjawat jawatan sebagai presiden,” katanya.

Beliau meminta orang ramai dan semua pihak agar memberi kerjasama dengannya untuk mentadbir MPS.

“Kerjasama ini penting untuk kita dalam memastikan apa juga masalah dihadapi membabitka­n majlis dapat diselesaik­an,” katanya.

 ??  ?? PETER berkata sesuatu kepada mereka yang hadir pada majlis dialog berkenaan. Turut kelihatan, George Hiew, Azhar dan Lee.
PETER berkata sesuatu kepada mereka yang hadir pada majlis dialog berkenaan. Turut kelihatan, George Hiew, Azhar dan Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia