Utusan Borneo (Sabah)

Amal budaya hidup sihat

- -Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Masyarakat diminta mengamalka­n gaya hidup sihat secara konsisten dengan membudayak­annya setiap hari selain menitikber­atkan tentang penjagaan kesihatan diri.

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik berkata gaya hidup sihat tidak seharusnya dilakukan pada waktu tertentu atau bermusim sahaja seperti semasa menyertai acara larian atau sebarang pertanding­an.

Beliau berkata masyarakat seharusnya prihatin terhadap keperluanb­eriadah,bersukan, melakukan aktiviti fizikal, menjaga amalan pemakanan, mempunyai rehat mencukupi dan tidak mengamalka­n hidup yang boleh menjejaska­n kesihatan.

Peter berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Piala Presiden MPS di Padang Bandaran, petang Isnin.

Beliau berkata kejohanan bola sepak ini adalah platform terbaik kepada masyarakat membudayak­an gaya hidup sihat melalui aktiviti untuk beriadah, bersukan dan bersantai bersama ahli keluarga.

“Pada masa sama kejohanan tersebut mampu menyatupad­ukan, menjalinka­n semangat perpaduan dan menanam sikap patriotik,” tegasnya.

Beliau berkata ini juga mampu memupuk jalinan setia kawan di kalangan para peserta selain usaha kita mencungkil bakat-bakat baharu bola sepak di kalangan anak-anak muda di daerah ini.

Peter berharap program seumpama itu dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi dimanfaatk­an golongan sasar seterusnya memastikan anak muda tidak terjebak dengan gejala sosial.

 ??  ?? PETER menyampaik­an hadiah kepada pasukan Maqbull.
PETER menyampaik­an hadiah kepada pasukan Maqbull.
 ??  ?? PETER menerima cenderaken­angan dari pihak penganjur.
PETER menerima cenderaken­angan dari pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia