Utusan Borneo (Sabah)

Pemindahan Batu Sumpah adalah idea kerajaan terdahulu

-

KENINGAU: Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Sipin Padua (gambar) menafikan dakwaan pembangkan­g yang mengaitkan kerajaan dengan proses pemindahan Batu Sumpah Keningau.

Beliau berkata, tuduhan yang menyatakan kerajaan pimpinan Warisan telah mempolitik­kan Batu Sumpah adalah tidak benar sama sekali.

“Idea pemindahan ini telah dikemukaka­n kerajaan terdahulu dan peruntukka­n untuk majlis tersebut telah diluluskan dan disampaika­n sendiri oleh bekas Menteri Pelanconga­nDanKebuda­yaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang mana ia turut dihadiri oleh pemimpinpe­mimpin Barisan Nasional (BN) negeri pada masa itu termasukla­h Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Tan Sri Joseph Kurup selain Pegawai Daerah Keningau.

“Adalah tidak adil untuk menuduh pemimpinpe­mimpin kerajaan yang hadir pada upacara tersebut dengan pelbagai tuduhan kerana kehadiran kami hanyalah sebagai jemputan dan atas dasar menghormat­i upacara pemindahan Batu Sumpah yang begitu penting bagi masyarakat pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Isnin.

Loretto berkata, beliau tidak pasti kenapa Ahli Parlimen Keningau, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor yang juga Huguan Siou tidak hadir pada upacara bersejarah itu.

Beliau berkata, sebagai pemimpin di kawasan pedalaman dan pemimpin agung masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM), mereka sepatutnya datang kerana kehadiran mereka sangat penting.

“Kita sepatutnya mengenepik­an pegangan politik masing-masing dan bersama-sama menyaksika­n pemindahan Batu Sumpah yang menjadi pegangan masyarakat pedalaman selama ini.

Malah, ramai pemimpin masyarakat yang hadir termasukla­h waris-waris mendiang Datuk Seri Panglima Sedomon Gunsanad bagi menyaksika­n upacara tersebut,” jelasnya.

Loretto juga menyaranka­n penganjur upacara tersebut supaya tampil memberi penjelasan agar tidak ada lagi isu yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia