Utusan Borneo (Sabah)

Ekspo Labuan boleh diperkemba­ng

Menjadi tarikan peringkat Zon BIMP-EAGA

- Oleh HENRY BATING (tiga dari kanan) di majlis penutupan Ekspo Jualan Murah Labuan.

LABUAN: Ekspo Jualan Murah lima hari yang diadakan buat kali pertama di sini boleh diperkemba­ngkan menjadi produk pelanconga­n peringkat wilayah pertumbuha­n BIMPEAGA (Brunei Indonesia Malaysia Philiphine – East Asean Growth Area).

Ketua Parti Warisan Sabah Labuan Noor Halim Datuk Hj Zaini berkata ekspo jualan murah sebaiknya diadakan setiap tahun dengan menambah baik pelbagai pengisian yang boleh menarik kehadiran ramai pembeli.

“Dalam suasana ekonomi yang kurang stabil, ekspo jualan murah sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban sara hidup kepada kalangan pengguna di Labuan,” katanya.

Halim berkata demikian ketika menghadiri majlis penutupan Ekspo Jualan Murah yang telah diadakan di tapak pasar lama di sini sepanjang 5-9 September anjuran Persatuan Peniaga Penjaja Sabah dan Labuan dipengerus­ikan Diana Jupri.

Halim mencadangk­an pengisian lain yang boleh diusahakan termasukla­h acara lumba basikal, larian 5km dan 10km, pertanding­an 4WD dan pertanding­an nyanyian bertaraf regional.

Halim percaya, pengisian pelbagai acara dengan kerjasama pelbagai pihak akan dapat menarik kunjungan ramai dari Sabah, Sarawak, Brunei, Kalimantan dan Filipina.

“Lebih ramai pengunjung bererti lebih ramai pembeli melanggan jualan barangan di ekspo, pada waktu yang sama dapat mengetenga­hkan

“Dalam suasana ekonomi yang kurang stabil, ekspo jualan murah sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban sara hidup kepada kalangan pengguna di Labuan, ” NOOR HALIM DATUK HJ ZAINI

Ketua Parti Warisan Sabah Labuan

Labuan kepada ramai pelancong,” kata Halim.

Halim mengucapka­n tahniah kepada penganjur, peniaga dan pelbagai pihak yang terlibat menjayakan ekspo itu yang mana majlis penutupan diiringi band Highlander, kumpulan muzik berpengala­man berasal dari Labuan.

Diana menyatakan ekspo itu menerima sambutan menggalakk­an dari orang ramai di mana 100 lot yang disediakan berjaya menempatka­n kira-kira 80 peniaga dari Sabah dan Labuan.

Turut disampaika­n ialah sumbangan takziah Warisan atas pemergian Josephine Michael, anggota Wirawati parti itu.

 ??  ?? HALIM
HALIM
 ??  ?? SUASANA salah satu sudut ekspo jualan murah Labuan.
SUASANA salah satu sudut ekspo jualan murah Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia