Utusan Borneo (Sabah)

Mesej Skim Kaingaran serba lengkap

Bakal jadi model pembanguna­n Mesej di Sabah

- Menorah getah sebagai simbolik perasmian Mesej Kaingaran.

TAMBUNAN: Mini Estet Sejahtera (Mesej) Skim Kaingaran yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bakal menjadi model pembanguna­n Mesej di negeri ini, kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick.

Beliau berkata para peserta Mesej di kawasan itu bukan sahaja disediakan kemudahan rumah yang lengkap dengan bekalan elektrik dan air graviti tetapi juga kemudahan aminiti sosial yang lain.

“Saya amat berpuas hati dengan kemajuan Mesej Kaingaran. Kalau saya lihat kemudahan di kawasan ini, saya boleh katakan, ini satu model pembanguna­n Mesej yang boleh kita bawa ke kawasan lain,” katanya selepas melawat Mesej Kaingaran, di sini, baru-baru ini.

Mesej Skim Kaingaran seluas 300 ekar, mempunyai 33 buah rumah Mesej, dilengkapi Dewan Serbaguna yang lengkap dengan bekalan elektrik, air, ruang dapur, bilik pejabat dan tandas.

Kemudahan lain yang terdapat di Mesej itu ialah jalan raya aspal dari Pekan Tambunan ke Mesej sepanjang 8.9km, jalan konkrit ke rumahrumah dan kawasan rumah yang luas untuk bercucuk tanam.

Mesej Kaingaran disertai 33

EWON

“Saya amat berpuas hati dengan kemajuan Mesej Kaingaran. Kalau saya lihat kemudahan di kawasan ini, saya boleh katakan, ini satu model pembanguna­n Mesej yang boleh kita bawa ke kawasan lain.

EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

peserta yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di kawasan Tambunan.

Mengenai prestasi 52 Mesej lain di seluruh Sabah, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, sebahagian daripada Mesej itu sedang dibangunka­n dan ada yang masih dalam proses pemilihan dan saringan peserta.

“Ada Mesej yang boleh kita berikan dividen seperti Mesej Kelapa Sawit Keningau dan beberapa Mesej di daerah lain. Tetapi di Tambunan ini, mereka baru sahaja menoreh dan akan menikmati dividen yang sama pada tahun akan datang,” katanya.

Ewon juga mahu program pembasmian kemiskinan masyarakat luar bandar di negeri ini terutama Mesej ditambah nilai bagi meningkatk­an keberkesan­annya dalam mengurangk­an kadar kemiskinan tegar.

Katanya, ini penting bagi memastikan wawasan murni kerajaanit­udapatdire­alisasikan sesuai dengan aspirasi dan kehendak rakyat.

“Saya mahu para peserta program Mesej dapat mempelbaga­ikan ekonomi untuk mendapat pendapatan sampingan seperti aktiviti pertanian kontan dan perusahaan ternakan di kawasan Mesej dan tidak hanya bergantung kepada satu sumber (Program Mesej) saja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Wilayah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Negeri Sabah Alexius Madiun berkata, Mesej Getah Kaingaran adalah satu daripada 17 Mesej Getah di seluruh negeri.

“Ini (Mesej Getah) bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan merupakan projek terancang daripada kerajaan untuk membantu meningkatk­an pendapatan penduduk kampung terpilih kerana kawasan ini bukan sahaja disediakan kemudahan rumah yang selesa tetapi juga kemudahan asas yang lain seperti bekalan elektrik, air, jalan raya aspal dan dewan,” katanya.

Beliau berkata walaupun tanaman getah di kawasan itu boleh ditoreh namun tidak semua getah dapat ditoreh pada masa yang sama kerana pertumbuha­n pokok yang tidak sama rata.

Pengerusi Jawatankua­sa Penduduk Mesej Skim Kaingaran Peter Angal berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n Mesej Getah di kawasan itu.

“Selepas sahaja proses pembahagia­n lot dan kerjakerja menorah dimulakan, semua peserta di sini akan mula mendapat hasil dan ini satu berita baik bagi kami. Mesej Kaingaran yang dikendalik­an oleh LIGS adalah bantuan terbaik daripada kerajaan untuk kami.

“Kami berharap apa yang kerajaan sediakan ini dapat mengubah taraf kehidupan kami. Kami berjanji akan mengusahak­an kawasan ini sedaya upaya untuk meningkatk­an taraf kehidupan dan ekonomi keluarga kami,” katanya.

Beliau berkata, pewujudan projek ladang Mesej membuktika­nbahawaker­ajaan tidak pernah melupakan golongan miskin tegar di kawasan luar bandar.

“Sementara menunggu pokok getah matang sehingga boleh ditoreh, kebanyakan peserta menjalanka­n kegiatan pertanian lain seperti menanam halia dan ada juga yang mencuba menternak burung walit. Semua ini hasil usahasama daripada Jabatan Pertanian,” katanya.

Peter turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan baharu Sabah terutamany­a Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick kerana meluangkan masa melawat kawasan itu.

Seorang lagi peserta Mesej Kaingaran Yotos Gumpah turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan peluang kepada penduduk yang tersenarai dalam e-Kasih di Tambunan menjadi peserta Mesej Kaingaran.

“Mudah-mudahan dengan adanya bantuan daripada kerajaanin­i,dapatmembe­rikan pendapatan dan meningkatk­an taraf ekonomi keluarga kami seterusnya mengeluark­an kami daripada kepompong kemiskinan daripada miskin tegar kepada miskin,” katanya.

Setakat ini sebanyak 52 Mesej seluruh Sabah, di mana setiap program Mesej disertai minimum 33 peserta.

Daripadaju­mlahitu,34Mesej Pertanian (Getah dan Kelapa Sawit), 6 Mesej Akuakultur (Tiram, Rumpai Laut, Ikan Baulu dan Ternakan Balat), 9 Mesej Mikro Pertanian dan Mesej Mikro Akuakultur dan tiga Mesej Bersepadu (Burung Walit dan Itik Penelur).

 ??  ??
 ??  ?? YOTOS
YOTOS
 ??  ?? ALEXIUS
ALEXIUS
 ??  ?? PETER
PETER
 ??  ?? EWON dan rombongan KPLB Sabah serta pegawai LIGS bergambar di Mesej Kaingaran.
EWON dan rombongan KPLB Sabah serta pegawai LIGS bergambar di Mesej Kaingaran.
 ??  ?? EWON bersalaman dengan peserta Mesej Kaingaran.
EWON bersalaman dengan peserta Mesej Kaingaran.
 ??  ?? RUMAH Mesej Kaingaran Tambunan.
RUMAH Mesej Kaingaran Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia