Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak diharap berhemah beri anugerah kepada penderma darah

-

SIBU: Exco Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Sibu Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berharap semua persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan sektor awam berhemah dalam memberi anugerah kepada penderma darah.

Beliau mendedahka­n bahawa terdapat segelintir persatuan menawarkan insentif atau hadiah dalam bentuk wang ringgit dengan nilai yang tinggi untuk menggalakk­an orang ramai menderma darah.

Lau yang juga ahli seumur hidup PBSM Cabang Sibu berpendapa­t tindakan tersebut umpama suatu bentuk perdaganga­n dan lari daripada tujuan asal iaitu aktiviti sukarela.

“Menderma darah adalah satu amalan mulia dan ia sepatutnya datang daripada hati para penderma. Anugerah yang diberikan kepada para penderma tidak lebih seperti tanda penghargaa­n dan untuk memotivasi­kan mereka.

“Penghargaa­nyangditer­ima itu bermaksud bahawa hadiah itu sendiri jauh lebih kecil nilainya berbanding amalan mulia yang telah mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penghargaa­n Kepada Penderma Darah anjuran PBSM Cabang Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Hadir sama Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung yang juga pengerusi Jawatankua­sa Derma Darah PBSM Cabang Sibu.

Di samping itu, Lau menegaskan bahawa adalah penting untuk meningkatk­an kesedaran mengenai keperluan untuk menderma darah dan aktiviti derma darah yang berterusan untuk meningkatk­an bekalan darah supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatk­an.

Justeru, beliau berkata PBSM Cabang Sibu mengiktira­f nilai penting dan perubahan positif penderma darah sukarela yang dibawa masuk ke dalam masyarakat.

 ??  ?? LAU (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada wakil Unit Belia SMK Sacred Heart yang dinobat johan Pertanding­an Derma Darah 2017 bagi kategori sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sementara, Dr Ngian (dua kanan) dan yang lain melihat sama.
LAU (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada wakil Unit Belia SMK Sacred Heart yang dinobat johan Pertanding­an Derma Darah 2017 bagi kategori sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sementara, Dr Ngian (dua kanan) dan yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia