Utusan Borneo (Sabah)

Bijak bezakan baik dan buruk

Kikis sikap mempertaha­nkan pemimpin curi wang rakyat

-

GEMAS: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya mengikis sikap mempertaha­nkan pemimpin yang melakukan kemungkara­n biarpun mempunyai pegangan agama dan budaya yang sama.

Beliau berkata rakyat seharusnya bijak membezakan baik dan buruk dalam mempertaha­nkan seseorang itu dan bukan berdasarka­n faktor bangsa, budaya dan agama yang sama.

“Sikap rakyat sekarang ini tidak mengapa mempertaha­nkan individu yang sudah melanggar hukum agama seperti merompak duit rakyat, rasuah asalkan adat, agama, budaya kita sama,” katanya ketika berucap pada majlis Agenda Malaysia Baharu di padang Felda Jelai 4 di sini, malam Ahad.

Turut hadir Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan hak Felda dapat dikembalik­an dalam masa terdekat dan membaik pulih semula kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama dahulu.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melakukan pembaharua­n dengan memulihkan kerosakan dan mengembali­kan semula hak Felda yang diseleweng sebelum ini.-

Sikap rakyat sekarang ini tidak mengapa mempertaha­nkan individu yang sudah melanggar hukum agama seperti merompak duit rakyat, rasuah asalkan adat, agama, budaya kita sama.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Umum PKR

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia