Utusan Borneo (Sabah)

Mekanisme kawalan harga ubat diumum bulan hadapan

-

IPOH: Mekanisme pengawalan harga ubat dalam pasaran dijangka diumumkan bulan hadapan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata perbincang­an mengenai perkara itu diadakan oleh pihaknya bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bulan lepas dan berharap mekanisme itu akan dapat diumum sebelum pembentang­an Bajet 2019.

“Setiap tahun harga ubat naik 10 hingga 20 peratus dan ini biasa. Sebab itu untuk ubat biasa kita cuba gunakan ubat generik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­a kedua mengenai Farmasi dan Sains Kesihatan di sini, pada Isnin.

Persidanga­n selama tiga hari mulai Isnin, yang bertemakan ‘Mengintegr­asi Penyelidik­an Inovasi, Teknologi, Amalan Ke Arah Kesihatan Mapan’, disertai 150 peserta dari dalam dan luar negara. Selain itu, Dr Lee, yang juga Anggota Parlimen Gopeng, berkata peningkata­n harga ubat turut dipengaruh­i oleh kaedah yang digunakan untuk membawa ia masuk ke negara ini.

“Kita harap ubat dibawa ke Malaysia dibawa dengan kaedah senang supaya kos untuk mereka dalam farmaseuti­kal dapat dikurangka­n,” katanya sambil menambah kebanyakan ubat diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Tambahnya, satu kajian di AS ke atas 13 syarikat farmaseuti­kal mendapati peningkata­n harga ubat disebabkan oleh kos untuk pengiklana­n serta pemasaran dan bukannya kerana penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

“Jadi biasanya bila farmaseuti­kal katakan harga ubat tinggi sebab R&D fakta itu tidak tepat. Lebih belanja banyak duit untuk iklan dan pemasaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia