Utusan Borneo (Sabah)

Operasi mencari lelaki hilang di Gunung Gua Rimau diteruskan

-

KLUANG: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di Gunung Gua Rimau, di sini, Sabtu lepas, diteruskan selepas operasi pada Ahad gagal menemukan sebarang tanda atau kesan ditinggalk­an daripada mangsa.

Ketua Operasi SAR daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Inspektor MohdAdzhan­Mat berkata mangsa dilaporkan hilang ketika sedang dalam perjalanan pulang ke hentian di kaki gunung berkenaan.

“Mohd Nizam Ahmad Ansa telah keluar mendaki pada pukul 9 pagi bersama 35 rakan sekerjanya yang lain dalam satu aktiviti rekreasi mendaki gunung yang dianjurkan oleh pihak kilang di mana mangsa bekerja.

Kumpulan pendaki ini sampai di puncak gunung pada pukul 1 tengah hari sebelum bergerak turun. Kehilangan mangsa hanya disedari selepas malim yang mengikuti rombongan membuat kiraan semula di pertengaha­n jalan kirakira 45 minit ke lokasi perhentian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Operasi SAR, Hutan Lipur Gunung Belumut, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Felda Papan Timur, Kota Tinggi, juga sempat bergambar beramairam­ai bersama rakanrakan­nya ketika tiba di pertengaha­n jalan berkenaan sebelum disedari hilang.

Operasi SAR hari ini disertai 56 anggota yang terdiri daripada anggota polis IPD Kluang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kluang, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Operasi pada hari ini akan meliputi kawasan radius seluas 1.4 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang sehingga pukul 3 petang.

Selepas itu kita akan perluaskan lagi radius pencarian sebelum menamatkan operasi pada pukul 6 petang nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, cuaca ketika kejadian adalah baik dan pihaknya juga telah menempatka­n anggota untuk bermalam di lokasi hentian yang terletak di kaki gunung berkenaan.

Sementara itu, ibu mangsa, Jarina Hasan, yang turut berada di pusat operasi berkenaan memaklumka­n bahawa kali terakhir dia melihat anaknya adalah pada 1 September lalu dan dia ada memaklumka­n tentang aktiviti riadah yang disertainy­a.

“Dia (Mohd Nizam) memang ada memaklumka­n tentang aktiviti riadah berkenaan, sebab sepatutnya semalam ada kenduri keluarga saya minta dia hantar tetapi dia kata tidak boleh sebab dia ikut mendaki dengan kawan-kawan kilang dia.

Dia memang dari dulu suka mendaki sejak dari masa dia belajar lagi. Ini merupakan kali pertama dia mendaki semula selepas bekerja,” kata wanita berusia 55 tahun itu.

Katanya, dia hanya dimaklumka­n mengenai kejadian selepas dihubungi oleh penyelia kilang tempat anaknya bekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia