Utusan Borneo (Sabah)

Penubuhan MAP wakili kaum India

-

JOHOR BAHRU: Penubuhan sebuah parti politik baharu, Malaysia Advancemen­t Party (MAP) untuk kaum India adalah relevan bagi menjaga kepentinga­n kaum itu dari pelbagai aspek.

Pengerusi penaja Senator P. Waytha Moorthy berkata walaupun terdapat beberapa parti pelbagai kaum dalam komponen Pakatan Harapan (PH) yang boleh disertai kaumitu,namun,masyarakat India mahukan sebuah parti khusus bagi mewakili dan membawa kepentinga­n kaum itu di negara ini.

“Hindraf (Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu) sejak dari awal 2005 memperjuan­gkan nasib masyarakat India terutamany­a golongan berpendapa­tan rendah. Mereka (masyarakat India) mahu kami (Hindraf) mewakili mereka, jadi, kami membuat keputusan untuk perlunya menubuhkan sebuah parti politik.

“Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diterima (rakyat) untuk mewakili masyarakat Melayu… Amanah juga adalah parti Islam dan telah ada parti lain memperjuan­gkan Islam, tetapi, Amanah juga diterima apabila ditubuhkan. Atas sebab itu, masyarakat India juga mahukan sebuah parti bagi mewakili mereka,” katanya, yang juga pemimpin Hindraf, kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat India Johor, di sini, malam Ahad.

Turut hadir, Pengerusi Hindraf Johor Y. Mohan.

Waytha Moorthy berkata buat masa ini adalah terlalu awal untuk beliau mengulas lanjut berkenaan penubuhan MAP dan penerimaan­nya dalam kalanganPH­memandangk­an permohonan penubuhann­ya baru sahaja dikemukaka­n kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS).

Beliau berkata pihaknya akan membuat permohonan kepada PH supaya MAP diterima sebagai parti komponen, selepas penubuhann­ya mendapat kelulusan ROS kelak.

Mengenai perjumpaan dengan masyarakat India pula, Waytha Moorthy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau sudah ke Negeri Sembilan dan Langkawi sejak Pilihan Raya Umum ke-14 lepas selain di sini, malam Ahad.-

 ?? GambarBERN­AMA ?? MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial) Senator P. Waytha Moorthy bersalaman dengan masyarakat India ketika hadir pada Majlis Perjumpaan P.Waytha Moorthy bersama Masyarakat India Johor di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya malam Ahad. Turut hadir Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (HINDRAF) Johor Y.Mohan (kiri, belakang). -
GambarBERN­AMA MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial) Senator P. Waytha Moorthy bersalaman dengan masyarakat India ketika hadir pada Majlis Perjumpaan P.Waytha Moorthy bersama Masyarakat India Johor di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya malam Ahad. Turut hadir Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (HINDRAF) Johor Y.Mohan (kiri, belakang). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia