Utusan Borneo (Sabah)

Diplomat Malaysia siapkan program PM ke UNGA

-

NEW YORK: Diplomat Malaysia di New York sedang menyiapkan program penuh lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed (gambar), yang juga akan menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Agung PBB ke-73 (UNGA).

Perdana Menteri dijangka tiba di New York pada minggu akhir bulan September untuk lawatan tiga hari.

Menurut sumber PBB, Dr Mahathirak­anmenyampa­ikan ucapannya di UNGA pada 28 Sept.

Sesi ke-73 sesi UNGA dibuka pada 18 Sept dengan Menteri Luar Ecuador Maria Fernanda Espinosa Garces meneruskan tugasnya sebagai presiden. Beliau adalah wanita keempat yang memegang jawatan itu dalam sejarah UNGA dan yang pertama sejak tahun 2006.

Bercakap kepada Bernama di pejabatnya, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Duta Besar Datuk Shahrul Ikram Yaakob berkata bahawa beliau dan kakitangan­nya kini sibuk mempersiap­kan lawatan Perdana Menteri di mana para pemimpin dan tokoh dari seluruh dunia akan berada di New York pada minggu berkenaan.

Pengawalan keselamata­n yang ketat di New York, bermula dari beberapa blok dari ibu pejabat BangsaBang­sa Bersatu, akan dikuatkuas­akan sepenuhnya pada minggu berkenaan, menyekat kemasukan trafik di kebanyakan jalan, termasuk ‘Jalan 43’, di mana terletakny­a pejabat Konsulat Jeneral dan pejabat Perwakilan Malaysia ke PBB.

Tanda-tanda amaran keselamata­n akan dipasang di jalan-jalan berhampira­n pejabat PBB juga sudah mula kelihatan dan akan diletakkan di semua tempat, kerana minggu mesyuarat itu yang semakin hampir.

DrMahathir­akanmenget­uai delegasi yang disertai Menteri Luar dan seorang atau lebih lagi anggota kabinet, bersama pegawai kanan Wisma Putra dan kementeria­n lain.

“Setakat yang saya tahu, Malaysia akan terus menjelaska­n dasar luar negara yang saya percaya, matlamatny­a tetap sama. Multilater­alisme, kedamaian, keamanan, Palestin, keganasan ekstrim, pembaharua­n institusi, dan lain-lain isu yang boleh dibawakan,” kata Shahrul Ikram, menekankan Malaysia memberi keutamaan kepada kedaulatan undang-undang dalam konteks keamanan dan keselamata­n.

Beliau berpandang­an perbahasan mengenai pembaharua­n Majlis Keselamata­n yang telah agak lama berjalan - kini dalam Rundingan Antara Kerajaan - dan “kita mesti melihat bagaimana proses ini terus berkembang”.

Sementara itu, terdapat juga kebimbanga­n dalam kalangan diplomat PBB mengenai krisis kewangan yang dihadapi badan dunia itu, dengan Amerika Syarikat yang menyumbang kira-kira 22 peratus dari perbelanja­an PBB, menunjukka­n ketidaksab­aran dengan badan dunia dan mempersoal­kan belanjawan­nya.

Amerika Syarikat barubaru ini mengumumka­n bahawa ia akan menghentik­an pemberian bantuan kepada ‘UN Relief and Work Agency for Palestine Refugess in the Near East’ (UNRWA) menyebabka­n Stephan Dujarric, jurucakap Ketua Setiausaha PBB, meminta negara lain untuk menampung kekurangan kewangan itu dengan meningkatk­an bantuan untuk pelarian Palestin.

Selain kekurangan ini, beberapa negara juga lewat membayarsu­mbanganmer­eka kepada PBB mencetuska­n krisis kewangan kepada badan dunia itu dan Malaysia menyumbang secara tetap kepada UNRWA.

Kebanyakan pemimpin yang berada di New York juga menggunaka­n kehadiran mereka itu untuk bertemu dengan pemimpin dunia lain – sama ada dalam bentuk dua hala ataupun lebih.

Dr Mahathir, yang tidak ke Washington DC, juga mungkin akan bertemu pemimpin dari negara lain, walaupun sehingga kini masih belum diketahui secara rasmi siapa yang akan ditemui.

Pemimpin dari negaranega­ra ASEAN, Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Amerika Latin juga akan hadir. Kemungkina­n mereka juga mengadakan perbincang­an dua hala, namun bagi kebanyakan pemimpin yang hadir ke UNGA ini, menghadapi kekangan masa yang serius. -

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia