Utusan Borneo (Sabah)

Perbincang­an kosongkan Parlimen untuk Anwar turut libatkan Wan Azizah

-

KUANTAN: Pengosonga­n kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada Presiden PKR (yang dipilih) Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun dibincangk­an sebelum ini bersama beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dirinya dan beberapa pemimpin lain, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, perbincang­an itu hanya melibatkan beberapa individu yang rapat dengan Anwar kerana memang dari segi operasi dan kempen parti itu selama ini, hanya mereka yang lebih rapat yang terlibat.

“Saya tidak akan sebut sesuatu yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah tanpa persetujua­n mereka.

“Cuma ada keputusan penting tidak dibincangk­an dengan semua dan hanya akan dilakukan dengan beberapa orang di kalangan kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Reformasi 20 tahun di Kompleks Dagangan Indera Mahkota di sini malam Ahad.

Naib Presiden PKR Tian Chua sebelum ini mengeluark­an kenyataanm­enyelarRaf­izikerana disifatkan mendahului Wan Azizah apabila mengumumka­n akan ada kerusi Parlimen dikosongka­n pada minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-lapan.

Tian Chua mempertika­ikan tindakan itu yang dikatakan dilakukan secara sorok-sorok dan tidak diketahui oleh peringkat pimpinan parti.

Mengulas lanjut tentang kenyataan itu, Rafizi berkata terpulang kepada Tian Chua untuk membuat sebarang kenyataan hal tersebut.

“Sayatidakb­acakenyata­annya, itu haknya …, saya faham mungkin dia rasa janggal kerana tidak dilibatkan dalam proses itu,” katanya.

Sementara mengulas tentang cakap-cakap tentang berlaku politik wang dalam pemilihan kali ini, Rafizi berkata PKR juga tidak dapat lari daripada masalah itu, sama seperti yang dihadapi oleh parti politik lain di negara ini.

“Apabila ada kuasa, ada kecenderun­gan untuk berkempen dengan menggunaka­n jawatan, namun perkara ini telahpun diberikan amaran oleh Anwar dan Wan Azizah.

“Kita tidak mahu, hanya kerana kita telah ada (jawatan) menteri, jawatan itu menjadi tawaran untuk mendapatka­n sokongan. Kalau ada kejadian seperti itu kita telah ada prosedur untuk mengendali­kannya.

“Bezanya kita dengan parti lain, kita tidak sembunyi. Parti lain tabur duit dan sebagainya, namun bila wartawan tanya mereka menafikan. Kita cakap awal, kalau ada sesiapa nak gunakan wang untuk dapat jawatan kita minta lapor untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia