Utusan Borneo (Sabah)

Polis terima laporan kes lelaki rakam bawah skirt seorang wanita guna telefon bimbit

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahka­n menerima satu laporan berhubung kes seorang lelaki yang merakam bawah skirt seorang wanita menggunaka­n telefon bimbit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahank­esalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“PDRM ingin menasihatk­an orang ramai supaya tidak menularkan video kes ini kerana kes ini masih dalam siasatan PDRM,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mazlan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes berkenaan boleh menghubung­i pegawai penyiasat kanan iaitu ASP Azrizal Khairul Abd Kadir di talian 019-2769117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482233.

Pada Ahad, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman memecat seorang pegawainya susulan perilaku keji individu berkenaan di sebuah kedai cermin mata.

Azis dilaporkan berkata beliau mengambil maklum satu laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial dan memecat pegawai berkenaan serta merta kerana tindakan itu menjejaska­n imej dan kredibilit­i beliau selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri serta pejabat Timbalan Menteri.

Video berdurasi lebih satu minit yang memaparkan perilaku pegawai berkenaan merakam video di bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata tular dalam media sosial. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia