Florence dijangka menjadi ‘hurikan besar’ ketika menuju Pantai Timur AS
MIAMI: Hurikan Florence dijangka menjadi “hurikan besar” yang berbahaya pada lewat semalam ketika ia me-nuju ke Pantai Timur Amerika Syarikat (AS), menurut Pusat Hurikan Negara (NHC), ketika perintah darurat telah diumumkan sebagai persedia-an untuk ribut tersebut.
Pusat Florence adalah kira-kira 685 batu tenggara Bermuda, menurut NHC dalam kenyataannya pada jam 3 pagi waktu tempatan semalam.
Florence membawa angin maksimum sekuat 90 batu sejam, menjadikan ia sejenis ribut Kategori 1 dalam skala hurikan Saffir-Simpson lima peringkat.
NHC memberi amaran bahawa Florence “telah diramal akan meningkat kepada sejenis hurikan kuat pada malam semalam, dan dijangka akan kekal sebagai hurikan besar yang sangat berbahaya sehingga Khamis”.
Ribut itu telah bergerak ke arah barat dengan kelajuan tujuh batu sejam, dan diramal akan membasahi satu kawasan luas di Pantai Timur AS bermula dari utara Florida ke New Jersey.
Dalam laluannya sekarang Florence telah dijangka melanda Carolina dan Virginia dengan paling teruk – serta kesemua tiga negeri telah mengemukakan deklarasi darurat untuk mempercepat-kan persediaan.
Pejabat Gabenor Virginia Ralph Northam menyatakan Florence sebagai kemungkinan “kejadian hurikan paling ketara sejak beberapa dekad” di negara ini, memberi amaran mengenai “banjir pedalaman yang memusnahkan, ombak tinggi dan kemungkinan ketiadaan bekalan elektrik yang meluas”.
Ia menambah: “Ancaman paling besar terhadap nyawa daripada hurikan adalah bukannya ombak tinggi. Banjir merupakan yang paling teruk akibat ribut ini.”
Pihak tentera laut AS telah mengarahkan beberapa kapal di pangkalan utamanya di Hampton Roads, Virginia, diletakkan ke laut, menyatakan “angin kemusnahan yang diramalkan dan ombak tinggi adalah terlalu besar untuk meletakkan kapal di pelabuhan.”
Pejabat Gabenor Carolina Utara Roy Cooper menyata-kan bahawa Florence telah dirasai di sepanjang pantai negeri, dengan laut besar telah mengembang akibat ombak yang mengancam nyawa.
“Semua orang di Carolina Utara perlu berjaga-jaga terhadap Florence dan mengambil beberapa langkah sekarang untuk bersedia bagi impak pada lewat minggu ini,” menurut Cooper.
Ribut “adalah terlalu kuat dan laluannya terlalu tidak pasti untuk mengambil sebarang peluang,” kata Gabenor Carolina Selatan Henry McMaster ketika mengumumkan deklarasi darurat negerinya.
Florence telah menghasil-kan ombak besar dijangka akan sampai dari utara Caribbean ke pantai selatan Kanada bagi wilayah Maritim.
Pada ketinggian statistik ini bagi musim hurikan Atlantik, Florence telah diekori dari laluan timur ke barat oleh dua hurikan, Helene dan Issac.
Helene – sekarang hanya di barat laut pulau Cabo Verde di luar pantai Afrika – mempunyai angin sekuat 85 batu sejam, dan dijangka akan bergerak ke barat laut dan kemudian ke utara ke arah Atlantik terbuka pada pertengahan minggu, menurut NHC.
Hurikan Isaac – yang pada lewat Ahad telah menjadi hurikan kelima bagi musim ini – sedang menuju ke barat ke arah Caribbean. Pada jam 0300 waktu tempatan Issac adalah kira-kira 1,305 batu di timur Windward Islands – sebuah wilayah yang sedang pulih daripada Hurikan Mari yang sangat kuat pada tahun lepas – dengan angin sekuat 75 batu sejam.
Issac dijangka akan semakin kuat dalam masa beberapa hari, namun kemudian menjadi lemah pada pertengahan minggu ketika ia menghampiri Caribbean.
Maria – yang mengorban-kan sekurang-kurangnya 3,057 orang, kebanyakan di Puerto Rico – dipercayai sebagai siklon tropika ketiga paling merugikan dalam rekod. —