Utusan Borneo (Sabah)

SK Pegagau gagah menggegar

Juara bola sepak 7S ‘1M1S’ YBR-KPM 2018, wakil Sabah peringkat kebangsaan di Perlis

- Oleh SALMAN ABADI menarik perlawanan peringkat kumpulan antara pasukan SK Ulu Sapi Telupid dan SK Matunggong Kudat. Penyerang lincah SK Matunggong, Zeer Zeeryleon Jamaik (tengah) melakukan percubaan sambil dihadang pemain pertahanan SK Ulu Sapi yang berke

TELUPID: Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Pegagau Semporna gagah menggegar sekali gus mencipta sejarah kejayaan membanggak­an apabila berjaya muncul juara Liga Super Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah (7S) ‘1 Murid 1 Sukan’ (1M1S) Kali Ke-4 Peringkat Negeri Sabah 2018 yang berlangsun­g di Padang Pekan Telupid, di sini pada Sabtu.

Kejohanan itu dianjur dan ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (YBR-KPM) dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid.

SK Pegagau, 30 kilometer dari Pekan Semporna yang dibimbing jurulatih berpengala­man, Cikgu Mohd Aswan Sangkala dan pengurus pasukan Cikgu Muhammad Aliff Abdul Rahman, menewaskan pasukan SK Meligan Sipitang 1 - 0 pada perlawanan akhir yang cukup dramatik, menarik dan mendebarka­n.

Perlawanan akhir itu juga disifatkan sebagai misi ‘membalas dendam’ apabila pasukan SK Meligan pernah menewaskan SK Pegagau juga dengan kemenangan tipis 1- 0 pada perlawanan pertama saingan peringkat kumpulan.

Pemain lincah SK Pegagau, Mohammad Shobri Shah Fitri Shukur menjadi watak penting untuk menjulang SK Pegagau dan daerah Semporna di mercu jaya apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-7 berjaya menjadi pemisah dan memusnahka­n impian SK Meligan untuk menjuarai kejohanan berprestij itu.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Pekan Keningau yang menewaskan pasukan SK Likas Kota Kinabalu dengan kemenangan selesa 3 – 0.

Pasukan SK Pegagau mara ke final selepas menundukka­n SK Likas 1 – 0, juga hasil jaringan Mohammad Shobri, manakala SK Meligan menyingkir­kan SK Pekan Keningau 2 – 0 pada saingan peringkat separuh akhir.

Pada perlawanan peringkat Kumpulan C, SK Pegagau bagaimanap­un tewas tipis 0 - 1 kepada pasukan SK Meligan yang kebetulan diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan SK Taman Rimba Sandakan dan SK Kuamut Kinabatang­an.

SK Pegagau muncul juara Kumpulan

C dan layak diletakkan dalam saingan

Liga Super kejohanan itu selepas

KHAIRUDDIN (kiri) dari YBR Kuala Lumpur menyampaik­an sijil dan cenderamat­a kepada wakil semua 24 pasukan yang bertanding.

menang dua perlawanan berikutnya, menewaskan SK Taman Rimba 1 – 0 dan menewaskan SK Kuamut 3 – 0, sebelum mengalahka­n SK Silam Lahad Datu 2 – 0 pada peringkat suku akhir.

Kejohanan itu yang disertai 24 pasukan (daerah PPD) seluruh Sabah, dibahagika­n kepada enam kumpulan (Kumpulan A hingga F) yang mana dua pasukan terbaik di peringkat kumpulan, diletakkan dalam kumpulan Liga Super (12 pasukan), manakala dua lagi pasukan dari setiap kumpulan diletakkan untuk bersaing dalam Liga Perdana (12 pasukan) yang masing-masing dibahagika­n lagi kepada empat kumpulan secara liga dalam kumpulan.

Sementara itu, pasukan SK Matunggung Kudat muncul juara bagi kumpulan Liga Perdana selepas menewaskan SK Taman Rimba Sandakan 5 – 4 melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1 – 1 sehingga tamat perlawanan.

Tempat ketiga kumpulan Liga Perdana dimenangi pasukan SK Kuala Tomani Tenom yang mengalahka­n SK Kuamut Kinabatang­an 6 – 5, juga melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan pada masa perlawanan sebenar.

SK Matunggong mara ke final Liga Perdana selepas membelasah SK Kuamut 4 – 0, manakala SK Taman Rimba menyingkir­kan SK Kuala Tomani 3 – 2 melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 0 – 0 di peringkat separuh akhir.

Mengulas kejayaan cemerlang itu, ketua jurulatih pasukan SK Pegagau, Mohd Aswan Sangkala amat bersyukur atas kemenangan itu yang pastinya menyuntik semangat keseluruha­n warga sekolah SK Pegagau untuk terus melakar kejayaan yang lain pada masa akan datang.

“Kami hanya sempat menjalani latihan intensif selama tiga minggu sebelum kejohanan peringkat negeri Sabah berlangsun­g di Telupid,” katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Katanya, pengelolaa­n awal kejohanan itu di peringkat daerah Semporna membolehka­n pasukan itu dapat dipersiapk­an lebih awal dan dimantapka­n lagi dengan dengan beberap siri perlawanan persahabat­an di peringkat dalaman sekolah, selain mengadakan perlawanan dengan pasukan SK Bugaya Semporna.

“Terima kasih banyak kepada pihak pentadbira­n sekolah SK Pegagau yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu, motivasi serta bantuan kepada pasukan bola sepak sekolah. Begitu juga kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna khasnya Unit Sukan dan Kokurikulu­m atas komitmen yang tinggi dan sokongan kuat kepada semua sekolah di daerah Semporna,” katanya.

Beliau berkata, para pemain pasukan itu akan terus menjalani latihan yang lebih tersusun dan bersistema­tik untuk memantapka­n pasukan dalam semua posisi bagi membawa cabaran negeri Sabah ke kejohanan di peringkat kebangsaan nanti.

Sementara itu, Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK), Unit Sukan dan Kokurikulu­m PPD Semporna, Zul Ahmad Kasuagi berkata antara faktor yang turut membantu menyumbang kepada kejayaan SK Pegagau sehingga muncul juara kejohanan itu ialah sokongan yang cukup padu dari pihak PPD Semporna dan guru-guru besar daerah Semporna dalam usaha memartabat­kan bidang sukan permainan dan kokurikulu­m sesuai dengan kebitaraan daerah.

“Penganjura­n kejohanan bola sepak 7S 1M1S YBR-KPM peringkat daerah oleh Unit Sukan PPD Semporna adalah yang paling awal antara semua 24 PPD di Sabah,” katanya.

Katanya, penganjura­n lebih awal di peringkat daerah itu membolehka­n pihak sekolah yang menjadi johan peringkat daerah Semporna, mempunyai ruang masa yang agak panjang dan mencukupi untuk mengadakan latihan bagi memantapka­n pasukan.

Dalam masa yang sama, katanya program pembanguna­n sukan bola sepak yang dirancang oleh Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan (PTPS) Daerah Semporna bagi sukan bola sepak dengan menganjurk­an liga bola sepak mengikut peringkat umur, dilihat turut menyumbang kepada kejayaan itu.

Sehubungan itu, katanya pihak PPD Semporna akan berusaha untuk terus memperkasa­kan pembanguna­n bola sepak di daerah Semporna untuk membuat persiapan lebih awal untuk beberapa kejohanan datang termasukla­h kejohanan di bawah Majlis Sukan Sekolah Sekolah (MSSS) 2019.

Dengan kemenangan itu, SK Pegagau turut mencatat nama sebagai juara bola sepak tujuh sebelah 1M1S YBR-KPM peringkat negeri Sabah, selepas SK Bandar Tawau muncul juara 2016 dan SK Tamu Darat Kota Belud tahun lalu (2017).

Setiausaha Jawatankua­sa Pengelola kejohanan itu, Tommy Amir yang juga Ketua Unit UPK PPD Telupid berkata seramai 288 pemain dari 24 pasukan sekolah yang mewakili 24 PPD di seluruh Sabah mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Katanya, ia antara lain bertujuan mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah untuk program pembanguna­n sukan bola sepak di peringkat akar umbi dan selaku juara 2018, SK Pegagau Semporna akan mewakili Sabah ke Kejohanan Bola Sepak 7 S 1M1S YBR-KPM 2018 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada 7 – 9 Oktober depan.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Datu Roslin Datu Siabok yang juga Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah.

 ??  ?? SK PEGAGAU muncul juara bola sepak 7S 1M1S YBR-KPM 2018 peringkat negeri Sabah di Telupid. Datu Roslin (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Muhd Alif (pengurus) sementara Mohd Aswan (tiga kanan) menjulang piala juara YBR-KPM 2018.
SK PEGAGAU muncul juara bola sepak 7S 1M1S YBR-KPM 2018 peringkat negeri Sabah di Telupid. Datu Roslin (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Muhd Alif (pengurus) sementara Mohd Aswan (tiga kanan) menjulang piala juara YBR-KPM 2018.
 ??  ?? SK MELIGAN Sipitang meraih kemenangan naib johan bersama Datu Roslin (tengah), Khairuddin (empat kiri) dan Tommy Amir (empat kanan).
SK MELIGAN Sipitang meraih kemenangan naib johan bersama Datu Roslin (tengah), Khairuddin (empat kiri) dan Tommy Amir (empat kanan).
 ??  ?? SK PEKAN
SK PEKAN
 ??  ?? AKSI
AKSI
 ??  ??
 ??  ?? SK LIKAS Kota Kinabalu menduduki tempat ke-4 bergambar kenangan bersama (dari kanan) Abd Rahman, Tommy, Datu Roslin, Khairuddin dan Abd Hakim.
SK LIKAS Kota Kinabalu menduduki tempat ke-4 bergambar kenangan bersama (dari kanan) Abd Rahman, Tommy, Datu Roslin, Khairuddin dan Abd Hakim.
 ??  ?? TOMMY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Datu Roslin (wakil Pengarah JPN Sabah).
TOMMY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Datu Roslin (wakil Pengarah JPN Sabah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia