Utusan Borneo (Sabah)

Sabah seri 2-2 dengan Melaka

Bola sepak Sukma Perak 2018

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sedikit kecuaianme­mbawapadah­dan menyaksika­n Sabah terlepas mata penuh apabila diikat dengan keputusan seri 2-2 oleh Melaka pada perlawanan pertama Kumpulan C acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) XIX Perak 2018 pada Ahad.

Perlawanan yang berlangsun­g di Padang Sintetik Parit Buntar itu menyaksika­n Sabah ketinggala­n 1-0 hasil jaringan Muhd Nur Afzar Fikri Azhar seawal minit ke-15.

Sabahbagai­manapunban­gkit dengan Ariusdius Jais muncul wira menjaringk­an dua gol bermula dengan jaringan penyamaan menyudahka­n hantaran lintang rakan pada minit ke-28.

Memulakan babak kedua dalam kedudukan seimbang 1-1, Ariusdius sekali lagi bertindak bijak menjaringk­an gol dari situasi sama untuk

giliran Sabah berada 2-1 di hadapan pada minit ke-53.

“Semuanya seakan berpihak kepada Sabah selepas itu tetapi satu kecuaian membawa padah di mana lawan merampas bola dari kawalan pertahanan untuk Muhammad Faizal Talib membuat penyudah mudah dalam keadaan satu lawan satu dengan penjaga gol kita (Mohd Sakri Masri) pada minit ke-72 sekali gus menafikan tiga mata untuk Sabah.

“Ia bukan keputusan yang kita mahu tetapi inilah bola sepak. Saya harap pasukan akan memberi respon positif pada perlawanan terakhir menentang Pulau Pinang pada Khamis ini (13 September),” kata pengurus pasukan, Benedict Asmat ketika dihubungi di Perak pada Isnin.

Skuad kendalian Johnny Dominicus itu perlu menang pada perlawanan terakhir tersebut untuk meneruskan cabaran ke suku akhir yang diperuntuk­kan kepada dua pasukan teratas. Kumpulan C hanya melibatkan pasukan Sabah, Melaka dan Pulau Pinang.

Sabah yang juga bekas juara Sukma 2012 dan pemenang pingat gangsa Sukma Sarawak 2016 mensasarka­n pingat emas di Perak.

Ia bukan keputusan yang kita mahu tetapi inilah bola sepak. Saya harap pasukan akan memberi respon positif pada perlawanan terakhir menentang Pulau Pinang pada Khamis ini (13 September). BENEDICT ASMAT Pengurus pasukan

 ?? -Gambar Bernama ?? ARIUSDIUS (kanan) menjaringk­an gol keduanya ketika menentang pasukan Melaka.
-Gambar Bernama ARIUSDIUS (kanan) menjaringk­an gol keduanya ketika menentang pasukan Melaka.
 ??  ?? ARIUSDIUS meraikan gol keduanya ketika menentang pasukan Melaka pada perlawanan bola sepak Sukma dalam saingan Kumpulan C di Padang Bandaran Majlis Daerah Kerian. -Gambar Bernama
ARIUSDIUS meraikan gol keduanya ketika menentang pasukan Melaka pada perlawanan bola sepak Sukma dalam saingan Kumpulan C di Padang Bandaran Majlis Daerah Kerian. -Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ?? BENEDICT
BENEDICT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia