Utusan Borneo (Sabah)

PKINK anjur Program Kayuhan Merdeka Rentas Benua

-

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) buat julung kali mengadakan Program Kayuhan Merdeka Rentas Benua ke Perth, Australia bagi memberi pendedahan budaya dan gaya hidup masyarakat antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus berkata kayuhan yang melibatkan jarak sejauh 200 kilometer itu juga bagi menyemarak­kan semangat patriotism­e sempena bulan kebangsaan melalui pelbagai pengisian termasuk mengibarka­n Jalur Gemilang. “Program ini akan diadakan selama lima hari bermula esok membabitka­n 47 peserta termasuk Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Faudzi Che Mamat dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Datuk Wan Zawawi Wan Ismail,” katanya kepada pemberita di Majlis Pelepasan Program Kayuhan Merdeka Rentas Benua di sini, pada Isnin.

Perasmian majlis tersebut disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan Wan Roslan Wan Hamat.

Ab Aziz berkata aktiviti tersebut juga bagi membina jaringan usaha sama di peringkat global di samping menyumbang­kan sebahagian dana kepada Masjid Al-Taqwa Mirrabooka di Bandaraya Perth yang sebelum ini pernah terbakar.

Sementara itu, Hasanuddin berkata pembabitan beliau dalam program kayuhan itu adalah pengalaman pertamanya selepas mula meminati aktiviti berbasikal.

Selainmeny­ahutcabara­ngaya hidup sihat, beliau juga akan meneliti kawalan keselamata­n jalan raya di bandar Perth untuk digunapaka­i di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia