Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan Sukma Perak persis Sukan Olimpik Rio dan Pyeongchan­g

-

IPOH:Penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke19, Perak menjanjika­n pembukaan rasmi gilanggemi­lang persis temasya Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchan­g 2018.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata upacara pembukaan rasmi itu yang akan berlangsun­g di Stadium Perak, malam esok, bakal menggunaka­n teknologi sama pada dua temasya sukan terbesar tersebut.

“Majlis perasmian ini akan setanding dari segi teknologi yang digunakan pada Sukan Olimpik Rio dan Pyeongchan­g. Jadi ‘Rio dan Pyeongchan­g’ kami bawa ke Perak.

“Penganjur tidak menggunaka­n sistem tiket untukmajli­sperasmian,kami buka kepada semua warga Perak dan pengunjung dari seluruh Malaysia yang ingin menunjukka­n semangat kesukanan dan cintakan negara,” katanya ketika ditemui di pusat media di Kompleks Pusat Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini pada Isnin

Majlis pembukaan itu juga bakal menyaksika­n obor berbentuk Keris Taming Sari yang merupakan antara kelainan bakal ditampilka­n, katanya.

Beliau berkata majlis pembukaan itu juga akan menampilka­n persembaha­n tarian, perarakan kontinjen negeri yang bertanding serta larian obor.

Howard berkata pihaknya menjangkak­an kira-kira 40,000 pengunjung akan menghadiri majlis perasmian tersebut serta karnival yang diadakan di luar stadium berkenaan.

“Stadium Perak boleh menampung 25,000 orang. Jadi dengan karnival di luar stadium, saya yakin tidak kurang 40,000 orang yang akan hadir,” katanya bahawa tiga skrin besar turut akan disediakan di luar stadium.

Sukma 2018 akan berlangsun­g dari 12 hingga 22 Sept, dengan menawarkan 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.

Penganjura­n Sukma 2018 adalah kali kedua bagi Perak selepas kali terakhir 24 tahun lepas.

 ??  ?? LEONILLA Alauni Molin melakukan smash mengasak pemain Pulau Pinang; Lim Sze Jin dalam aksi perseorang­an ketiga. Leonilla menang menerusi kiraan 13-21, 21-17 dan 21-10.
LEONILLA Alauni Molin melakukan smash mengasak pemain Pulau Pinang; Lim Sze Jin dalam aksi perseorang­an ketiga. Leonilla menang menerusi kiraan 13-21, 21-17 dan 21-10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia