Utusan Borneo (Sabah)

SUKMA XIX Perak: Badminton wanita tewas kali ketiga

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad badminton wanita Sabah kalah 5-0 ditangan pasukan tuan rumah, Perak dalam saingan Kumpulan A acara berpasukan SUKMA XIX Perak 2018 di Arena Badminton Amanjaya, Kompleks Sukan MBI pada Isnin.

Perseorang­an pertama, Arena Satu Samin tewas 1521, 9-21 ditangan Lee Ying Ying manakala beregu utama Fong Yii Chi/Petricia Eleng Samin tewas 14-21, 13-21 ditangan Desiree Siow Hao Shan/Valeree Siow Zi Xuan.

Perak mengesahka­n kemenangan menerusi perseorang­an keduanya, Eoon Qi Xuan yang menewaskan Leonilla Alauni Molin 21-10, 21-9.

Perak meneruskan penguasaan memenangi dua perlawanan berikutnya menerusi beregu keduanya, Chew Jia Hui/Chiew Jia Wern yang menewaskan gandingan Sabah, Maya Shakina Subarto/ Nur Hazwani Hanapi 21-13, 21-16 dan perseorang­an ketiga Nur Ernisa Alya Zainal Abidin yang menewaskan Velerry Yap Ka Ying 21-10-21-16.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 2-3 ditangan Pulau Pinang dan Johor pada Ahad lalu sekaligus menutup peluang meneruskan kemaraan dan menjadikan perlawanan terakhir menentang Kedah hari ini hanya pelengkap jadual.

Sambil itu, pasukan lelaki juga tewas 5-0 ditangan Pulau Pinang kelmarin selepas bermula dengan kemenangan 3-2 ke atas Terengganu dalam saingan Kumpulan B pada Ahad.

Perlawanan kelmarin menyaksika­n perseorang­an utama Sabah, Datu Mohd Shah Eizlan Sardik tewas 16-21 ditangan Yeoh Seng Zoe, beregu utama Eddrall Atek Davis/Yap Qar Siong kalah 15-21, 14-21 ditangan Ng Eng Cheong/Sim Fong Hau, peseoranga­n kedua Goh Ting Yu kalah 13-21, 1121 ditangan Tan Jia Wei, beregu kedua Muhamad Yasrin Ruslan/Muhammad Zuhaily Jablin kalah 14-21, 15-21 dan perseorang­n ketiga Ling Dai Hau kalah 14-21, 15-21 ditangan Cheam June Wei.

Turut bersaing dalam Kumpulan B adalah pasukan Wilayah Persekutua­n yang akan Sabah hadapi pada 13 September.

Skuad badminton bagaimanap­un tidak diletakkan sasaran tinggi pada sukan itu. Mereka hanya mensasarka­n pingat gangsa dalam acara berpasukan lelaki dan perseorang­an lelaki.

Penyertaan mereka lebih kepada memberi pendedahan kerana majoriti masih layak bertanding pada SUKMA akan datang. SUKMA adalah sukan dwi tahunan untuk atlet berusia 21 tahun ke bawah.

 ??  ?? PEMBANTU Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ketua Kontinjen Sabah, Arunarnsin Taib (kiri di depan) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terrance Edward Pudin (kanan di belakang ) dan pengurus pasukan badminton Sabah Steve Jay memberikan sokongan kepada pasukan badminton Sabah di Arena Badminton Amanjaya, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Ahad.
PEMBANTU Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ketua Kontinjen Sabah, Arunarnsin Taib (kiri di depan) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terrance Edward Pudin (kanan di belakang ) dan pengurus pasukan badminton Sabah Steve Jay memberikan sokongan kepada pasukan badminton Sabah di Arena Badminton Amanjaya, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Ahad.
 ??  ?? AKSI perseorang­an utama wanita Sabah, Arena Satu ketika menentang pemain Pulau Pinang, Lim Jing Ning pada Ahad. Arena menang perlawanan itu 21-11, 21-13 tetapi Pulau Pinang acara berpasukan itu 3-2.
AKSI perseorang­an utama wanita Sabah, Arena Satu ketika menentang pemain Pulau Pinang, Lim Jing Ning pada Ahad. Arena menang perlawanan itu 21-11, 21-13 tetapi Pulau Pinang acara berpasukan itu 3-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia