Utusan Borneo (Sabah)

PGNS wakil Malaysia ke Korea

9th Internatio­nal Happy Gymnastics Festival

- Oleh YAP SIONG HAN

“Acara ini akan menampilka­n seramai 600 gimnas daripada Korea, Jepun, USA dan Malaysia.

PROFESOR HAN YOON SOO Pengarah WGEI

KOTA KINABALU: Persatuan Gimnastik Negeri Sabah (PGNS) akan mewakili Malaysia dalam 9th Internatio­nal Happy Gymnastics Festival di Suwon, Korea pada 15-16 September 2018.

Dengan kekuatan sebanyak 23 orang atlet, antara umur 7 hingga 21 tahun daripada sekolah dan daerah yang berlainan, pasukan ini akan tampil buat pertama kalinya dengan membawa tema “The Gongmakers” yang menggabung­kan gimnastik dan tarian sambil mengekalka­n unsur-unsur tradisiona­l budaya Sabah.

Pertanding­an ini adalah penyertaan pasukan Gym For Life PGNS bagi tahun yang ke4 di peringkat antarabang­sa.

Perjalanan mereka bermula pada tahun 2015 apabila mewakili Malaysia buat pertama kalinya ke 15th World Gymnaestra­da di Helsinki, Finland. Pada tahun 2016, pasukan ini telah menyertai 5th Asian Gymnaestra­da di Qingdao, China. Pada tahun lalu, mereka telah memenangi Silver Award di 3rd World Gym For Life Challenge di Norway.

Acara ini dianjurkan oleh World Gymnastics Exercise Institute (WGEI) Korea. Misi program ini adalah untuk menggalakk­an kecergasan kesihatan dan kegembiraa­n di kalangan masyarakat Asia melalui sukan gimnastik.

Pengarah WGEI, Profesor Han Yoon Soo apabila dihubungi memaklumka­n tahun ini sangat istimewa

kerana acara ini turut disertai pasukan Gimrama Lelaki, Nittaidai dan Internatio­nal Old Boys dari Jepun, dan pasukan Gym For Life (GFL) PGNS dari Malaysia.

“Turut hadir dalam acara ini ialah Araki Tatsuo ( Naib Presiden “Gymnastics For All” Federasi Gimnastik Antarabang­sa-FIG dan juga Presiden Persekutua­n Gimnastik Asia-AGU), Lee Pil Young (Timbalan Presiden Persekutua­n Gimnastik Korea) dan IM Jae Yul (Presiden Persatuan Gimnastik Gyeonggi) akan menghadiri program ini.

“Acara ini akan menampilka­n seramai 600 gimnas daripada Korea, Jepun, USA dan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Kontingen, Florence Fung berkata, cabaran terbesar pasukan ini adalah mengumpul dana untuk 23 orang atlet terutamany­a dalam keadaan ekonomi negara kini.

Namun, beliau bersyukur PGNS sangat menyokong usaha pasukan ini dan ibubapa atlet pula begitu komited dalam memberi anak-anak mereka peluang untuk mengambil bahagian dalam acara peringkat antarabang­sa di kalangan negara-negara yang lebih gah dalam sukan gimnastik.

“Saya sangat menghargai pengorbana­n ibu bapa dari segi kos perbelanja­an penyertaan acara ini.

“Sepanjang 4 tahun penglibata­n pasukan ini dalam acara antarabang­sa seumpama ini, ibu bapa memahami bahawa mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sumbangan kewangan sahaja, dan sebaliknya berusaha untuk memastikan anak mereka sebahagian daripada pengalaman ini.

“Misi dan visi pasukan GFL adalah untuk menyertai sekurang-kurang satu pertanding­an Gymnastics For All dalam satu tahun, dan pada masa yang sama memberi peluang kepada para gimnas dan pegawai untuk mendapatka­n pengiktara­fan merit bagi sekolah serta jabatan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, atlet PGNS yang akan membawa nama Malaysia di Norway terdiri daripada Alsandair Roikin Wellson, Zovi Tie Yu Pei, Avy Rosabel Misek dan Carissa Claire LRM Cherles dari SM All Saints KK.

“Karmila Brittany Lee dan Shanne Alyssa Bonaface Godfrey (SM St Francis Convent); Cathryn Mia Lojitan dan Katyana Nefrnity Lee (Kian Kok Middle School); Brittany Carolina Yayun, Joshlyne Anne Ubu, Hazel Meyriel Alban dan Viollete Clarabelle Christer dari SK St Francis Convent KK.

“Annastasya Kienna Japlin (SJK(C) Yuk Yin, Keningau), Natalya Kelsie Lojitan (SJK(C) Hwa Siong Putatan), Amiira Ahmad Nordin (SK Sri Gaya), Eden Gabrielle Sigar dan Nivolet Nychel Ronny (SK Kolombong), Jareth Corneille Ubu (SJKc St James KK), Nur Fatihah Khalisah binti Azhari ( SK St. Agnes Likas) Brenna Venita Simonddy (UMS), Lavender Miriam Lee dan Eve Clarissa Cassandra LRM Cherles (Politeknik KK) dan Abel Tie Xian Hao (Syarikat Eu Yan Sang),” katanya.

 ??  ?? HAN
HAN
 ??  ?? SABAH Gymnastics bersama jurulatih Christiphe­r Liew (kiri).
SABAH Gymnastics bersama jurulatih Christiphe­r Liew (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia