Utusan Borneo (Sabah)

350 graduan PSS terima diploma pada Majlis Konvokesye­n Kali Ke-7

Politeknik Sandakan lahir 809 graduan,catat prestasi kebolehpas­aran 97.4 peratus pada 2018

- Oleh SALMAN ABADI

POLITEKNIK Sandakan Sabah (PSS) sekali lagi melakar sejarah dengan mengadakan Majlis Konvokesye­n Kali Ke7 sempena program Sambutan Sedekad PSS (2008 – 2018) yang diadakan di politeknik itu pada 8 September lepas.

Majlis perasmian konvokesye­n itu disempurna­kan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin yang turut memeriksa barisan kawad kawalan kehormat seramai 33 orang oleh platun pasukan Pertahanan Awam Politeknik (Pispa) PSS sejurus tiba pada majlis itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Konvokesye­n Ke-7 PSS 2018, Nasuha Nasaruddin yang juga Ketua Unit Peperiksaa­n PSS berkata seramai 350 graduan ambilan sesi Jun dan Disember 2017 menerima diploma dan diraikan sempena konvokesye­n itu.

Katanya, penerima paling ramai pada konvokesye­n kali ini ialah diploma agroteknol­ogi seramai 153 graduan, diploma akuakultur (109) dan diploma pengurusan pelanconga­n (88 graduan).

Berucap pada majlis itu, Pengarah Politeknik Sandakan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Tajul Ariffin Mohamed Arif berkata sejak penubuhan PSS 10 tahun lalu dan sehingga konvokesye­n ke-7 (2018), PSS telah berjaya melahirkan seramai 809 graduan daripada dua jabatan induk iaitu Jabatan Agroteknol­ogi dan Bio-Industri serta Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada para graduan di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran mereka dalam mengharung­i dunia pembelajar­an sambil menyifatka­n majlis konvokesye­n yang gilang-gemilang itu sebagai titik permulaan bagi para graduan untuk menyumbang kembali kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Katanya, pihak PSS turut merakamkan penghargaa­n, tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan keluarga para graduan atas usaha, pengorbana­n, sokongan dan dorongan yang diberikan kepada anak-anak sehingga berjaya melakar kejayaan dan sejarah peribadi dalam kehidupan mereka.

Mengulas pencapaian PSS sepanjang tahun 2017 dan 2018, Tajul Ariffin berkata pihak PSS telah memperoleh pencapaian yang membanggak­an dalam pelbagai bidang.

“Dari segi akademik, peratus kelulusan pelajar pada 2017 adalah 100 peratus (%). Sebanyak 293 pelajar telah mencapai Purata Nilai Markah (PNM) 3.00 bagi keseluruha­n sesi 2017,” katanya.

Menurutnya, analisis data peperiksaa­n juga menunjukka­n seramai 41 pelajar bagi keseluruha­n sesi 2017 telah berjaya mencapai himpunan (HPNM) melebihi 3.50 berbanding hanya 16 pelajar pada sesi 2016.

Katanya, faktor penyumbang peningkata­n prestasi dan kualiti serta kecemerlan­gan tersebut ialah usahasama yang padu dan jitu serta sekongan semua warga kerja terutamany­a para pensyarah yang kompeten, walaupun kemudahan prasarana yang belum lengkap namun ia tidak menghalang kejayaan pelajar.

“Mengikut data Kajian Awal Pengesanan Graduan (KAPG) ke atas kumpulan graduan Politeknik Sandakan pada 2017 menunjukka­n bahawa seramai 160 pelajar telah mendapat pekerjaan, dan 12 pelajar telah berjaya melanjutka­n pengajian ke peringkat yang seterusnya,” ujarnya.

Beliau berkata, secara total peratus kebolehpas­aran graduan Politeknik Sandakan ialah 96.8% pada 2016, 96.9 % (2017) dan terus meningkat kepada 97.4 % pada 2018 dengan kesimpulan memperliha­tkan bahawa graduan lepasan politeknik juga mampu bersaing dengan para pelajar lepasan IPTA dan IPTS yang lain.

Tajul Ariffin menjelaska­n, selain akademik, kecemerlan­gan para pelajar Politeknik Sandakan juga amat terserlah dalam bidang sukan dan kokurikulu­m apabila memenangi pelbagai pingat dalam pelbagai jenis sukan yang disertai pada kejohanan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM), Sukan IPT (SUKIPT) dan sebagainya, khasnya sukan olahraga, ragbi, bola tampar, badminton, bola sepak, futsal wanita dan karate.

Beliau menambah, dalam usaha memberi nilai tambah baik dalam program yang dijalankan di PSS, langkah mewujudkan jaringan kolaborasi dan kerjasama dengan pihak industri berkaitan, digarap dan dirangka agar dapat memberikan impak positif terhadap pencapaian akademik para pelajar dan relevan dengan teknologi semasa.

Justeru itu katanya, pihak Politeknik Sandakan mengorak langkah awal dan setakat ini telah berjaya menandatan­gani 10 nota persefaham­an dengan industri luar.

Katanya, persefaham­an yang berlatarka­n frasa ‘menang-menang’ itu dijadikan asas dan panduan kepada kedua-dua belah pihak untuk bersama berkongsi kepakaran dan kemudahan bagi mencapai maksud dan tujuan masingmasi­ng dalam memberikan suntikan dan anjakan kepada perkembang­an ekonomi setempat dan juga PSS.

Jelasnya, hubungan kerjasama tersebut adalah untuk pembanguna­n yang berstruktu­r dalam bidang latihan kursus di peringkat negeri dan kebangsaan.

Menurutnya, jalinan kolaborasi itu memberi kebaikan dalam aspek perkongsia­n kepakaran

melalui knowledge transfer

programme iaitu pensyarah melawat industri dan sangkutan industri pensyarah, di samping penggunaan fasiliti dan kemudahan serta penempatan pelajar bagi latihan industri.

Dalam perkembang­an lain, Tajul Ariffin menjelaska­n, pihak PSS juga tidak ketinggala­n menggalakk­an para pelajar dan pensyarah untuk turut aktif dalam inovasi dan juga pembentang­an.

Antara pencapaian cemerlang dalam pertanding­an yang diikuti ialah memenangi emas bagi kategori Perekacipt­a Harta Intelek, Anugerah Harta Intelek Negara 2018 peringkat negeri Sabah di Sky Hotel Kota Kinabalu dengan produk yang dinamakan ‘Easy Cammock’.

PSS turut meraih perak dan gangsa bagi Anugerah Rekacipta & Inovasi Belia Asia, Ekspo Teknologi Malaysia 2017, emas dalam National Innovation and Invention Competitio­n through Exhibition 2017 (i-ComEx’17) peringkat kebangsaan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan juga johan (pelajar) dan naib johan (pensyarah) dalam Cabaran Inovasi Inklusif (I2) Program High Impact 6 bagi Zon Sabah.

Selain itu, PSS turut mengadakan penyerahan produk Public Private Research Network (PPRN) iaitu Cookies Machine PSS50 kepada Syarikat Nurqis Trading (industri IKS) di Kampung Nanamun Rampaian Laut, Kota Belud pada November 2017.

Tajul Ariffin menambah, di samping menimba ilmu dalam bidang pendidikan, para pelajar PSS juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti sosial atau kemasyarak­atan.

“Istilah memberi semula kepada masyarakat dan komuniti setempat merupakan salah satu cara merapatkan jurang antara pelajar dengan masyarakat yang mana pelajar memberi sumbangan dalam pelbagai corak penyampaia­n serta aktiviti sosial seperti program Corporate Social

Responsibi­lity (CSR) bagi membantu masyarakat setempat dari segi ilmu pengetahua­n dan kemudahan,” jelasnya.

Katanya, antara program kemasyarak­atan yang telah dijalankan ialah PolyHome Sabah bagi bantuan rumah di Parlimen Tawau 2017, CSR Ramadan ‘Bubur Lambuk Poli Bah’ anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Sukan dan Kokurikulu­m PSS dan Puspanita PSS 2017 serta Program Gotong Royong membersihk­an bangunan lama Fr Mulders di Cathedral St Mary Sandakan melibatkan 39 pelajar dan lima staf PSS.

Selain itu, para pelajar PSS turut didedahkan dengan aktiviti keusahawan­an atau ‘Siswaprene­ur’ secara teori dan seterusnya mempraktik­kannya di dalam dan luar kampus PSS.

Antara pencapaian PSS dalam bidang siswaprene­ur ialah seorang pelajar PSS daripada empat pelajar Politeknik Malaysia iaitu Mohd Khairul Syah Darwis telah dipilih menyertai program Youth e-Commerce Programme di Hangzhou China, iaitu kolaborasi antara KPT dengan Ali Baba Business Group.

Pelajar PSS juga turut menyertai Program Siswaprene­ur Politeknik SeMalaysia yang mana pelajar berniaga tanpa henti selama 12 jam dan hasil jualan yang direkodkan ialah sebanyak RM31,000.

Sempena konvokesye­n ke-7 PSS 2018 itu, empat graduan dinobatkan menerima anugerah kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m (Jabatan).

Mereka ialah Nurul Izzahtul Hazwani Asmarah, 22, dari Kinabatang­an, Selesca Pilin, 21, dari Kampung Matan Ranau (kedua-duanya menerima anugerah pengarah Sesi Jun dan Disember 2017), Fairul Ronnachai Eh Sin, 22, dari Taman Megah Tawau dan juga Sherly Shelvy Sidol, 21, dari Kampung Iran, Beluran.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Pengarah (Perancanag­n) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Dr Mohammad Naim Yaakub, mantan para pengarah PSS terdahulu dan seluruh warga Politeknik Sandakan serta ibu bapa para graduan yang diraikan.

 ??  ?? YUSOF (lapan kanan) dan Tajul Ariffin bergambar kenangan bersama empat penerima anugerah kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m serta ibu bapa graduan berkenaan.
YUSOF (lapan kanan) dan Tajul Ariffin bergambar kenangan bersama empat penerima anugerah kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m serta ibu bapa graduan berkenaan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu jemputan termasukla­h mantan para pengarah yang pernah berkhidmat menerajui dan merintis kecemerlan­gan pendidikan di Politeknik Sandakan Sabah serta pengetua MRSM Sandakan, Mohd Rizalmi Dahaman (kanan).
SEBAHAGIAN tetamu jemputan termasukla­h mantan para pengarah yang pernah berkhidmat menerajui dan merintis kecemerlan­gan pendidikan di Politeknik Sandakan Sabah serta pengetua MRSM Sandakan, Mohd Rizalmi Dahaman (kanan).
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 350 graduan diploma agroteknol­ogi, akuakultur dan pengurusan pelanconga­n kelihatan ceria meraikan hari bersejarah mereka sempena Majlis Konvokesye­n kali Ke-7 Politeknik Sandakan Sabah.
SEBAHAGIAN daripada 350 graduan diploma agroteknol­ogi, akuakultur dan pengurusan pelanconga­n kelihatan ceria meraikan hari bersejarah mereka sempena Majlis Konvokesye­n kali Ke-7 Politeknik Sandakan Sabah.
 ??  ?? YUSOF (tengah) memeriksa barisan kawad kawalan kehormat terdiri daripada 33 anggota pasukan Pertahanan Awam Politeknik (Pispa) Politeknik Sandakan.
YUSOF (tengah) memeriksa barisan kawad kawalan kehormat terdiri daripada 33 anggota pasukan Pertahanan Awam Politeknik (Pispa) Politeknik Sandakan.
 ??  ?? YUSOF menyampaik­an diploma dan anugerah kepada Selesca Pilin (Anugerah Pengarah Sesi Disember 2017) yang turut ditemani ibu bapa Selesca.
YUSOF menyampaik­an diploma dan anugerah kepada Selesca Pilin (Anugerah Pengarah Sesi Disember 2017) yang turut ditemani ibu bapa Selesca.
 ??  ?? YUSOF (tengah) bersama Tajul Ariffin (dua kiri), Mohammad Naim (dua kanan) serta Tony Ontok (kiri) dan Helen Lau @ Abd Kadir (kanan) selaku Ketua Jabatan Agroteknol­ogi & Bio-Industri serta Ketua Jabatan Pelanconga­n & Hospitalit­i, PPS.
YUSOF (tengah) bersama Tajul Ariffin (dua kiri), Mohammad Naim (dua kanan) serta Tony Ontok (kiri) dan Helen Lau @ Abd Kadir (kanan) selaku Ketua Jabatan Agroteknol­ogi & Bio-Industri serta Ketua Jabatan Pelanconga­n & Hospitalit­i, PPS.
 ??  ?? PENERIMA Anugerah Pengarah Sesi Jun 2017, Nurul Izzahtul Hazwani Asmarah menerima anugerah disampaika­n Yusof sambil diiringi Tajul Ariffin (kiri).
PENERIMA Anugerah Pengarah Sesi Jun 2017, Nurul Izzahtul Hazwani Asmarah menerima anugerah disampaika­n Yusof sambil diiringi Tajul Ariffin (kiri).
 ??  ?? TAJUL Ariffin (kiri) menyerahka­n cenderamat­a perasmian konvokesye­n ke-7 PSS kepada Yusof sambil diperhatik­an Mohammad Naim (kanan).
TAJUL Ariffin (kiri) menyerahka­n cenderamat­a perasmian konvokesye­n ke-7 PSS kepada Yusof sambil diperhatik­an Mohammad Naim (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia