Utusan Borneo (Sabah)

Kim wanita kuat bekerja

Tiada istilah penat untuk maju

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

DALAM kamus hidup Ong Kim, 55, orang yang kuat berusaha terjamin rezeki untungnya kerana apa yang dilakukan adalah cubaan terbaik untuk beroleh manfaat.

Berbeza dengan yang sebaliknya, katanya, tiada harapan tapi hanya kekal begitu malah jadi mundur.

Mengenali ibu kepada dua orang anak ini ketika membeli ikan di bandar Tabanak, Lahad Datu, tidak terselit pun keluhan penatnya sebaliknya penuh dengan semangat.

Dia yang memiliki lesen berjaja bergerak dengan ramah mengukir senyuman pada setiap pelanggan pagi yang keluar mendapatka­n bekalan ikan dan sayur serta bersarapan di kawasan itu.

“Saya tidak risau jadi penat melakukan kerja usaha ini tapi risau saya penat tanpa usahakan sesuatu yang memberi kebaikan untuk diri, keluarga, kawan-kawan dan orang susah,” katanya yang menetap di Lahad Datu selepas berhijrah dari Kunak, tanah kelahirann­ya.

Memulakan diari hariannya seawal 3 pagi, Kim yang petah berbahasa Melayu akan membuat persiapan ikan-ikan jualannya di kedai kemudian bergerak mengambil pekerja-pekerjanya sebelum menjual ikan.

“Tidak hanya berhenti pada aktiviti berjualan ikan di sini, saya akan membawa stok ikan-ikan segar untuk dibawa ke Kedai Makan San Sui dan Restoran Kayangan di Menara Kayangan bermula jam 7 pagi pada setiap hari,” katanya.

Menurutnya, di dua premis itu dia meneruskan kerja-kerja pengendali­an makanan dan sekiranya ada tempahan katering, dia memainkan peranan penting untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Kim mendedahka­n bahawa sejak kecil dia dididik untuk memiliki jati diri kukuh agar mampu melalui masa depan dengan baik.

Katanya, dia menjalani hidup berdikari sejak kecil, menjadikan ilmu sebagai pedoman masa depan, agama sebagai panduan hidup dan menjaga perpaduan dengan saling menghormat­i amalan budaya orang lain.

Beliau menceritak­an kehidupann­ya sebagai anak kepada peniaga kedai kopi di kilang Ladang BAL Mostyn Kunak menjadikan­nya tidak asing dengan budaya masyarakat setempat.

Kim dibiasakan hidup kuat berusaha terutama untuk membentukn­ya menjadi usahawan dengan mendedahka­nnya ilmu perniagaan.

Meski ada ketikanya dia mahu bebas bergembira namun mengabaika­nnya kerana selalu

diingatkan untuk melaksana tanggungja­wab sebagai pelajar dan anak peniaga.

“Saya bersyukur kerana memiliki orang tua yang telah membesarka­n saya dengan baik.

Meskipun menjalani masa sukar dulu namun itu sebenarnya yang membentuk saya hari ini dan mahu anak-anak saya juga berjaya,” katanya.

Beliau yang menjadi anak bungsu tunggal perempuan dari empat adik beradik itu tidak betah berehat sebaliknya mahu melakukan sesuatu setiap masa.

Ada saja idea yang

berlegar di mindanya akan sentiasa dikongsiny­a bersama keluarga atau kawan-kawan rapatnya.

Salah seorang kawan rapatnya, Ratnah Kassim berkata Kim seorang kawan yang kuat bekerja, berhati mulia dengan suka menolong orang lain.

“Satu lagi yang mengagumka­n saya, Kim seorang yang berani dan yakin pada dirinya, hal itu sudah kurang dimiliki orang lain.

“Saat semua orang panik dengan insiden penceroboh­an Tanduo, dia tidak seperti peniaga lain yang ada antaranya ke kawasan luar daerah tapi dia terus berniaga malah menenangka­n saya,” katanya yang selalu singgah di kedainya.

Mengulas mengenai kejadian bersejarah itu, Kim berkata dia bertindak sebegitu kerana didorong oleh fakta logik kedudukan Tanduo dengannya.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan bahawa dia mahu lari ke mana sedangkan Lahad Datulah tempatnya, dia perlu bersama keluargany­a hanya di Lahad Datu, melainkan ada arahan untuk berpindah.

“Saya hairan kenapa orang lain bertindak begitu dan lebih menghairan­kan, ada yang mengambil keputusan berhijrah dari sini semata-mata kerana isu keselamata­n.

“Lahad Datu selamat kerana Esscom berpusat di sini, semuanya dalam keadaan terkawal dan hari demi hari keadaan bertambah lagi baik dari sebelumnya,” katanya dengan mengambil contoh kes-kes jenayah keselamata­n yang diselesaik­an dengan baik.

Kim turut menasihatk­an anak-anak muda untuk tidak mensia-siakan usia mereka dengan perkara yang tidak berfaedah dan mahu yang minat berniaga menceburin­ya dengan bersungguh-sungguh.

Peluang sentiasa ada, di mana sahaja asalkan ianya dikerjakan dengan bersungguh-sungguh.

“Ambillah peluang terbuka bidang pelanconga­n kerana industri ini berpotensi luas dan akan terus berkembang masa akan datang,” katanya.

Kim juga berkata manfaat berniaga tidak hanya dari kepuasan beroleh untung tapi menasihatk­an agar sentiasala­h untuk berkongsi kerana dengan berbuat demikian akan memberi hidup lebih berkat.

Saya tidak risau jadi penat melakukan kerja usaha ini tapi risau saya penat tanpa usahakan sesuatu yang memberi kebaikan untuk diri, keluarga, kawankawan dan orang susah.

ONG KIM Peniaga

 ??  ?? KIM melayan mesra kunjungan rakannya, Ratna dan suami serta pekerja-pekerjanya. KIM selalu menunjuk ajar pekerja-pekerjanya.
KIM melayan mesra kunjungan rakannya, Ratna dan suami serta pekerja-pekerjanya. KIM selalu menunjuk ajar pekerja-pekerjanya.
 ??  ?? KIM menuai strawberi hasil hobinya yang suka bercucuk-tanam.
KIM menuai strawberi hasil hobinya yang suka bercucuk-tanam.
 ??  ?? KIM sedang melayan pelanggann­ya membeli ikan.
KIM sedang melayan pelanggann­ya membeli ikan.
 ??  ?? KIM bersama rakannya, Ratnah.
KIM bersama rakannya, Ratnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia