Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Spaoh resah tanaman jadi mangsa banjir

Hujan lebat semalaman mengakibat­kan banjir kilat sedalam hampir empat kaki

-

SPAOH: Hujan lebat yang melanda semalaman di kawasan sekitar Spaoh malam Sabtu mengakibat­kan banjir kilat sedalam hampir empat kaki.

Menurut penduduk, mereka khuatir tanaman mereka musnah dan mengalami kerugian akibat air bertakung disebabkan sistem perparitan yang tidak berfungsi dan air melimpah menenggela­mkan tanaman mereka.

“Sedih setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjang­an, tanaman kami musnah akibat air melimpah.

“Banyak tanaman kami musnah dan mati sebelum sempat menikmati hasilnya kerana ditenggela­mi air,” ujar salah seorang penduduk yang ditemui.

“Mohon tindakan pihak berwajib untuk melihat permasalah­an kami terutama sistem perparitan yang tidak mampu menampung air dan aliran yang sempurna.

“Keadaan ini cukup menyeksaka­n, kalau berterusan hujan dalam tempoh berpanjang­an apatah lagi dalam seminggu, banyak tanaman kami akan mati,” rungutnya.

“Bagi yang mengharapk­an hasil tanaman untuk bergantung hidup, amatlah mendukacit­akan.

“Dah bertahun-tahun keadaan begini dihadapi penduduk, tiada tindakan drastik yang diambil pihak berwajib.

“Apa yang kami perlukan, bantuan daripada kerajaan dalam menangani masalah yang berlaku dan memenuhi sebahagian keperluan kami,” rayunya.

“Pernah juga kami berjumpa dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengutarak­an permasalah­an kami, jawapan mereka ialah tiada bajet.

“Namun tindakan Timbalan Ketua Menteri yang juga

Sedih setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjang­an, tanaman kami musnah akibat air melimpah.

PENDUDUK

Adun Bukit Saban dalam menyelesai­kan masalah kami amatlah ditagih,” tambahnya.

 ??  ?? KEADAAN kebun penduduk yang ditenggela­mi air akibat hujan lebat.
KEADAAN kebun penduduk yang ditenggela­mi air akibat hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia