Utusan Borneo (Sabah)

Undang-undang bertujuan halang pengajaran bahasa Inggeris harus ditolak, dimansuhka­n

-

KUCHING: Sebarang undang-undang yang diperkenal­kan dengan tujuan menghalang pengajaran bahasa Inggeris harus ditolak dan dimansuhka­n.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos (gambar) berkata undangunda­ng seperti itu tidak dapat diterima pakai di negara ini.

“Bagaimana undangunda­ng boleh menjadi penghalang kepada aspek penting dalam kemajuan dan pembanguna­n negara kita?

“Kitamasihi­ngatusahab­ekas Ketua Menteri Allahyarha­m Tok Nan yang menjadikan Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Sarawak.

“Beliau adalah contoh pemimpin yang berfikir dan bertindak dengan bijak untuk kebaikan dan kepentinga­n rakyat,” katanya sambil menambah, Kuala Lumpur harus banyak belajar daripada Allahyarha­m.

Jelas Minos lagi, segelintir mereka di Kuala Lumpur bersikap anti-Inggeris dan menganggap Inggeris sebagai medium pengajaran adalah bertentang­an dengan undangunda­ng.

Tanggapan ini katanya, adalah tidak masuk akal kerana hakikatnya Inggeris adalah bahasa global dalam industri dan perdaganga­n, undangunda­ng dan diplomasi, teknologi maklumat (IT) dan komputer, sains dan teknologi serta banyak lagi aspek kehidupan yang lain.

Jika anda mengunjung­i luar negara dan tidak tahu berkomunik­asi dalam Inggeris, anda ibarat seorang yang buta dan berasa terasing dengan mereka di sekeliling anda.

“Tanpa ilmu dan kemahiran dalam bahasa Inggeris, kita akan sesat dalam dunia moden hari ini dan tidak dapat pergi jauh ke hadapan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Tambah Minos, bahasa Melayu adalah baik untuk rakyat Malaysia sebagai bahasa perpaduan tetapi sejauh mana kita dapat pergi dengan menguasai bahasa Melayu sahaja.

Malaysia katanya adalah sebuah negara perdaganga­n dan kita bergantung kepada eksport produk yang mana semuanya dikendalik­an dalam bahasa Inggeris.

“Bagi rakyat Malaysia yang anti-Inggeris dan hanya memikirkan mempromosi­kan bahasa Melayu sahaja, biarkan sahaja mereka dan kita doakan mereka berjaya meskipun tanpa kemahiran bahasa Inggeris.

“Bagi kita yang mahu mempromosi­kan bahasa Inggeris, jika boleh jadikan bahasa ini sebagai bahasa utama Malaysia dan suatu hari nanti sebagai medium pengajaran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia